Bapa saudara tak setuju dengan Nurul Shuhada

Bapa saudara tak setuju dengan Nurul Shuhada

Tindakan isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri yang meletakkan pautan perniagaannya di sebalik pendedahan berkenaan kesihatan mental anak perempuan mereka, Humairah, 6, kurang disenangi bapa saudara pelakon terbabit.

Lelaki bernama Adlan, 50, itu kurang bersetuju apabila perkongsian berkenaan anak saudaranya dibabitkan sekali dengan perniagaan.

Menerusi Instagram, Adlan mengutus nasihat terbuka kepada Nurul Shuhada.

“Saya kekal bujang di atas pilihan sendiri dan anak-anak buah saya adalah tanggungjawab saya bila perlu dan dengan izin oleh ibu bapa kandung.

“Buat makluman semua, tiada ibu bapa yang menyokong anak-anak jika ada melakukan kesalahan atau kesilapan.

“Pihak keluarga Hafidz mempunyai cara mereka sendiri di dalam urusan tersebut dan ianya tidak perlu menjadi urusan rasmi di dalam media sosial. Privasi. Period,” katanya.

Dia turut mendakwa Nurul Suhada yang dari awal memilih untuk meluahkan mengenai konflik rumah tangga mereka di media sosial.

Adlan turut mendakwa dengan berbuat demikian, cita-cita Nurul Shuhada untuk menjadi ‘influencer’ atau pempengaruh sudah tercapai.

“Kamu mempunyai pilihan untuk menjadi seorang role model yang positif atau negatif. Uncle berdiam diri selama ini kerana Uncle sudah berjanji pada diri sendiri, jika cuma kamu mula membabitkan anak-anak Hafidz di dalam melepaskan dendam dan amarah kamu.

“Dunia ini bukan kita satu orang yang punya. Dunia ini juga ada tindak balas. Jika negatif yang kamu mahukan, maka negatiflah yang akan datang bergolek,” tulisnya.

Menurutnya, Shuhada kini menampilkan sikap manipulasi, cabar mencabar dan provokasi yang sedang dipersembahkan kepada umum.

Baginya, isu anak-anak adalah paling mengusik jiwa Hafidz dan ia sudah mencabar kesabarannya di sebalik proses pemulihan kesihatan dan semangat anak saudaranya.

Terdahulu, Nurul Shuhada menerusi hantaran di Instagram Story menceritakan perjalanan bagaimana dia mengesan anak perempuannya, Humairah mengalami masalah kesihatan mental.

Beberapa perkara dilihatnya berubah selepas Humairah dilihat tidak lagi seperti sebelum ini lebih-lebih lagi apabila melihat dia menangis.

Dia kemudian membawa Humairah ke hospital dan kini masih dalam proses mendapatkan rawatan. HM

Bapa saudara tak setuju dengan Nurul Shuhada

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker