Pasangan Kekasih Buat ‘Projek’ Dalam Kereta Rempuh MPV Polis

Pasangan Kekasih Buat ‘Projek’ Dalam Kereta Rempuh MPV Polis

TANAH MERAH – Seorang lelaki dan kekasihnya dicekup selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh sebuah kereta peronda (MPV) semasa polis sedang membuat pemeriksaan apabila mendapati mereka sedang berdua-duaan di belakang sebuah premis di Jalan Humaira di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, lelaki berusia 20 tahun dan teman wanitanya 22 tahun berada dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superitendan Wan Zulfikri Wan Othman berkata, melihat kepada keadaan itu, anggota polis yang sedang membuat rondaan dengan menaiki MPV terus memeriksa kereta tersebut.

Menurutnya, semasa anggota polis turun dari MPV dan menghampiri kereta itu, pemandunya telah bertindak memecut laju sebelum merempuh bahagian pintu depan kiri kereta polis.

“Anggota polis terus mengejar kereta suspek yang telah merempuh tiga buah kereta lain di tepi jalan sebelum hilang kawalan semasa tiba di sebuah stesen minyak di Gertak Chaber di sini. Keadaan itu menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan amaran ke udara sebelum kedua-dua suspek ditahan.

“Siasatan awal mendapati, lelaki tersebut cuba merempuh kenderaan MPV untuk melarikan diri selepas terkejut melihat anggota polis yang mahu membuat pemeriksaan semasa dia bersama teman wanitanya berada di dalam kereta itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, pasangan kekasih itu mengaku mereka baru sahaja sebulan berkenalan dan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden itu.

Ujarnya, pasangan kekasih itu telah dibawa ke Mahkamah Majistret Tanah Merah di sini hari ini untuk mendapatkan perintah reman.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 307/279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KO

Pasangan Kekasih Buat ‘Projek’ Dalam Kereta Rempuh MPV Polis

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker