Myra Natasya Warisi Bakat Seni Halim Othman

Myra Natasya Warisi Bakat Seni Halim Othman

Bekas peserta Dewi Remaja 2019, Myra Natasya, 27, yang kini aktif mengacara dan berlakon adalah anak tunggal bekas penyampai radio Halim Othman, 56.

Myra yang pernah menjadi pengacara Didik TV dan akan muncul dengan drama Republic Of Gombak di TV3, berkata sekarang masa sesuai untuk dia mendedahkan identiti diri dan bapanya.



“Selama tiga tahun ini, saya ‘menutup kemas’ identiti ayah kerana menghormatinya yang selama membina nama sebagai penyampai radio dan pengacara, memang tidak pernah buka mulut bercerita mengenai kisah peribadi dan keluarga.

“Malah, pada awal pembabitan dalam karier seni ini pun, ayah kurang setuju kerana bimbangkan diri saya. Tapi, selepas dia menonton saya mengacarakan Didik TV, banyak ilmu dikongsikannya.

Melihat pada sikap ramah Myra, cara percakapan serta raut wajahnya, memang ada iras Halim.



Ujarnya, persamaan itu mungkin kebetulan kerana mereka anak-beranak.

“Hubungan saya dengan ayah memang baik, walaupun saya tahu dia kurang selesa berkongsi kisah peribadinya dulu kepada media. Malah, dia kalau bercakap pun suka berkongsi kisah semasa atau politik.

“Tapi, saya dah cakap dengan dia akan beritahu siapa saja yang tanya. Dia faham dan harapan saya ingin berjaya dalam karier ini,” katanya yang juga tenaga pengajar sukan sorak untuk beberapa sekolah menerusi syarikat ditubuhkannya.



Difahamkan, Myra atau nama sebenarnya, Yusmyra Natasya adalah anak Halim bersama bekas isteri, Yusnita Omar, 47.-HM

Myra Natasya Warisi Bakat Seni Halim Othman

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker