Puding Buih Tak Salah, Ini Yang Salah

Puding Buih Tak Salah, Ini Yang Salah

BOLEH dikatakan saban tahun kes keracunan makanan terjadi melibatkan sejenis pencuci mulut ini.Kes keracunan melibatkan puding buih sering kali terjadi pada bulan Ramadan.

Menurut Facebook Kursus Wajib Pengendali Makanan, keracunan pencuci mulut itu berkemungkinan beberapa aspek seperti cara penyediaan segi bahan yang digunakan, tidak tamat tempoh, peralatan yang digunakan dan teknik penyediaan.

PENCUCI MULUT TRADISI

Kelazatan puding buih memang tidak dapat disangkal. Bertekstur lembut dan gebu serta rasa lemak manis membuatkan ia digemari ramai.

Ia merupakan pencuci mulut tradisi yang telah berzaman dimakan orang kita.

Kejadian keracunan boleh berlaku akibat pengendalian makanan yang tidak selamat seperti berikut;

TELUR

-Telur tidak dibasuh sebelum digunakan.
-Telur sudah rosak atau tamat tempoh.

TEKNIK PENYIMPANAN

-Telur yang dipukul kembang tidak cukup masak apabila dicampur dengan agar-agar.
-Suhu selamat memasak telur ialah sekurang-kurangnya 75⁰C.
-Boleh dikukus seketika untuk memastikan puding dimasak sempurna.

SUHU PENYIMPANAN

-Puding dibiarkan pada suhu bilik terlalu lama.
-Puding perlu disimpan pada suhu sejuk dingin (chiller) pada suhu 0 ⁰C hingga 10⁰C.

TEMPOH MASA

-Puding perlu dimakan dalam tempoh empat jam (jika tidak disimpan dalam peti sejuk).

DUA KANAK-KANAK JADI MANGSA

Baru-baru ini, dua kanak-kanak berusia sembilan dan tujuh tahun terpaksa dikejarkan ke hospital, kira-kira sembilan jam selepas memakan puding buih.

Puding tersebut difahamkan dibeli ibu mereka di Bazar Ramadan Kampung Bukit Tumboh, Kuala Nerus, Terengganu 6 April lalu.

Dua beradik itu mengalami cirit-birit dan muntah-muntah pada jam 4.00 pagi sehingga lemah dan muka bertukar pucat menyebabkan mereka dibawa ke sebuah klinik swasta untuk mendapatkan rawatan.

Kanak-kanak berkenaan kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Menurut si ibu, hanya dua beradik itu yang memakan puding tersebut manakala ahli keluarga yang lain yang tidak memakan puding berkenaan tidak mengalami apa-apa simptom

Susulan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sedang menyiasat kes dua beradik yang mengalami cirit birit dan muntah selepas dipercayai memakan puding buih dibeli di bazar Ramadan.

99 TERLANTAR ANGKARA PUDING BUIH

Pada tahun 2020, puding buih menyebabkan lebih 99 orang individu daripada 20 buah keluarga terlantar. Malah lebih dikesali seorang mangsa berusia 25 tahun meninggal dunia.

Mangsa berusia 25 tahun meninggal dunia akibat kegagalan multiorgan akibat kejutan sepsis.

Siasatan dilakukan Jabatan Kesihatan Daerah mendapati ia mungkin berpunca daripada telur yang digunakan dalam puding buih tersebut.

Menurut mangsa, puding yang dibeli atas talian tersebut mempunyai rasa yang sedap dan tidak mempunyai tanda-tanda telah tercemar.

Namun mereka kemudian, mengalami sakit perut yang amat sangat, muntah dan cirit-birit.

Justeru, Public Health Malaysia mengingatkan penjual makanan dalam talian diharap menjaga kebersihan dan keselamatan semasa mengendalikan makanan.

Jangan menganiaya pelanggan dengan menggunakan kandungan yang tidak bersih, telah tercemar dan tamat tempoh. SPlus

Puding Buih Tak Salah, Ini Yang Salah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3

Dilabel jual juadah harga Tel Aviv, Chef Ammar tersinggung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker