Tali pelitup muka Jovian putus, pandai Siti tolong cover (Video)

Tali pelitup muka Jovian putus, pandai Siti tolong cover (Video)

Satu perkongsian milik pengacara dan personalti TV, Iesya Toh menjadi tumpuan ramai pengguna media sosial gara-gara video rakaman yang dikongsikan di akaun Instagram nya.

Tali Pelitup Muka Jovian Terputus Dua Kali
Menerusi video yang dimemuatnaik Iesya, kelihatan Datuk Jovian Mandagie cuba memperkenalkan pelitup muka beliau bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza yang merupakan jenama bagi pelitup muka tersebut.

Yang menjadi tumpuannya adalah, pelitup muka yang cuba dipakai Siti terputus semasa jualan siaran langsung sedang berjalan.

Melihat tali pelitup muka tersebut terputus, Jovian segera memberi pelitup muka yang baru sambil menarik tali pelitup muka untuk memastikan pelitup tersebut tahan. Namun pelitup muka tersebut juga putus selepas ditarik.

IKLAN

Netizen Perli Kualiti Pelitup Muka Jovian
Rakaman video pendek yang dikongsikan Iesya itu mendapat perhatian ramai, dan rata-ratanya ramai pengguna media sosial memperli kualiti pelitup muka diperakui Sirim milik Jovian diruangan komen posting tersebut.

Tangkap Layar komen dari komen di IG @iesyatoh2
“Sirim Malaysia ke ni”

“Mahal-mahal tapi hauk juga”

“Fuyoo ciri-ciri ber Sirim ialah mudah putus. Oh yeah” komen mereka

via (IG) Iesya Toh
“Pelitup muka HAUK.. Selamat lah Tokti cover.. Tapi HAUK dia ada cop Sirim..”

“Lepas ni masuk Puspakom pula baru tak tercabut”

“Ni lah pelitup hauk yang dimaksudkan dia” komen mereka lagi

Terdahulu, menantu kepada Perdana Menteri Malaysia ini pernah mengulas isu tentang undang-undang pelitup muka Sirim dengan mengatakan tiada cop perakuan tersebut menandakan pelitup muka yang digunakan tidak selamat dipakai mendapat komen dan kritikan orang ramai. OM

Tali pelitup muka Jovian putus, pandai Siti tolong cover (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3

Dilabel jual juadah harga Tel Aviv, Chef Ammar tersinggung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker