Doktor wanita rugi lebih RM173,000 ditipu tawaran kerja sambilan

Doktor wanita rugi lebih RM173,000 ditipu tawaran kerja sambilan

SEREMBAN: Seorang doktor berputih mata apabila kerugian RM173,888.74 akibat ditipu dalam penawaran kerja sambilan menerusi media sosial Instagram di Port Dickson, pada Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan Supt Aibee Ab Ghani berkata wanita berusia 29 tahun itu berurusan dengan individu dikenali sebagai ‘June’, yang menawarkan pekerjaan pemasaran digital menerusi laman web beli-belah secara dalam talian.

Beliau berkata mangsa kemudian berurusan dengan seorang lelaki bernama Alex yang memintanya membuat pembelian barangan di laman web tersebut dan akan menerima komisen bagi setiap pembelian.

“Tugasan pertama wanita itu adalah membuat pembelian barang berjumlah RM99 dan telah menerima komisen sebanyak 10 peratus daripada modal yang dibuat.

“Mangsa kemudian diminta membuat pembelian barangan seterusnya dan telah melakukan tujuh transaksi bank tempatan yang keseluruhan berjumlah RM173,888.74 pada keesokan harinya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, doktor tersebut dijanjikan menerima komisen ke atas pembelian barangan tersebut yang selesai semalam, namun dia menyedari ditipu setelah diminta membuat pembayaran untuk perlindungan diri sebanyak RM74,872.41 bagi menebus modal dan komisen yang dijanjikan tersebut.

Mangsa membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Doktor wanita rugi lebih RM173,000 ditipu tawaran kerja sambilan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker