Beli kad pengenalan palsu serendah RM500

Beli kad pengenalan palsu serendah RM500

Lapan pengawal keselamatan warga Filipina mendakwa kad pengenalan palsu yang digunakan mereka dibeli daripada ejen dengan harga antara RM500 hingga RM800 setiap satu.

Pengakuan itu didedahkan mereka ketika disoal siasat anggota penguat kuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam satu operasi dijalnkan di sekitar Shah Alam, hari ini.

Terdahulu, lapan pengawal keselamatan berusia antara 22 hingga 48 tahun itu ditahan sepasukan anggota penguat kuasa JPN selepas dikesan menggunakan kad pengenalan palsu.

Mereka ditahan susulan operasi serentak di tiga lokasi termasuk satu fasiliti sukan sekitar Shah Alam, Selangor antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Putrajaya, Nooruladzim Ateman berkata, operasi berkenaan menyasarkan pengawal keselamatan yang bukan hanya menggunakan kad pengenalan palsu, tetapi juga menggunakan dokumen milik pihak lain.

“Siasatan awal mendapati semua lapan pengawal keselamatan yang ditahan itu berasal dari Basilan, Filipina.

“Ketika disoal siasat, mengaku mendapatkan kad pengenalan daripada ejen dengan harga antara RM250 hingga RM500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan, semasa operasi di salah satu lokasi, berlaku pergelutan antara tiga pengawal keselamatan dengan penguat kuasa JPN disebabkan mereka cuba melarikan diri bagi mengelak ditahan.

“Namun ketangkasan anggota operasi berjaya menahan semua pengawal keselamatan terbabit untuk proses dokumentasi.

“Mereka yang ditahan disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

“Mereka dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam esok,” katanya. FMT

Beli kad pengenalan palsu serendah RM500


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]

Zoey Rahman Kini Rapat Dengan Shakira Stephen Setelah Tiada jodoh Dengan Zarina Anjoulie

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker