Serangan maut pengganas Israel ke atas ambulans di Gaza, WHO hanya mampu terkejut

SEMENANJUNG GAZA (WILAYAH PALESTIN): Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, mengaku ‘sangat terkejut’ dengan serangan maut dilancarkan Israel ke atas ambulans berhampiran hospital terbesar di Gaza, semalam.

Tedros berkata, beliau amat terperanjat membaca laporan bedilan ke atas ambulans yang membawa pesakit berdekatan Hospital Al-Shifa sehingga mengakibatkan kematian, kecederaan dan kerosakan.

“Kami mengulangi: pesakit, petugas kesihatan, kemudahan dan ambulans mesti dilindungi setiap masa. Sentiasa,” katanya dalam media sosial X.

Seekor kuda turut mati di sebelah ambulans yang rosak akibat serangan Israel di hadapan Hospital Al-Shifa di Gaza City, semalam. - FOTO AFP
Seekor kuda turut mati di sebelah ambulans yang rosak akibat serangan Israel di hadapan Hospital Al-Shifa di Gaza City, semalam. – FOTO AFP

 



 

Tangkap layar daripada rakaman video AFPTV menunjukkan beberapa mangsa terbaring berdekatan sebuah ambulans yang rosak akibat serangan Israel di hadapan Hospital Al-Shifa di Gaza City, semalam. - FOTO AFPTV / pelbagai sumber / AFP
Tangkap layar daripada rakaman video AFPTV menunjukkan beberapa mangsa terbaring berdekatan sebuah ambulans yang rosak akibat serangan Israel di hadapan Hospital Al-Shifa di Gaza City, semalam. – FOTO AFPTV / pelbagai sumber / AFP

 

Seorang wartawan AFP dilapor menyaksikan sejumlah mayat terkujur berdekatan sebuah ambulans rosak akibat bedilan di luar Hospital Al-Shifa, Gaza City, yang kini terlampau sesak dengan pesakit dan orang awam berlindung daripada serangan bom berterusan oleh Israel.

Kerajaan Hamas berkata, tentera Israel membedil sebuah konvoi ambulans yang sedang membawa pesakit mengalami kecederaan dari Gaza City ke arah Rafah di selatan wilayah itu.



Selepas serangan maut itu, wartawan AFP melihat seorang kanak-kanak didukung pergi dan seekor kuda mati dalam keadaan terikat pada sebuah pedati di sebelah ambulans Palang Merah Palestin yang berlumuran darah.

Kementerian Kesihatan di Gaza mengumumkan ‘sejumlah orang awam terkorban dan puluhan lagi cedera dalam bedilan Israel di pintu masuk Hospital Al-Shifa.’

Penyelaras kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk wilayah Palestin, Lynn Hastings turut menzahirkan ‘amat terganggu’ dengan insiden serangan itu yang berlaku ketika pesakit dipindahkan untuk mencari tempat selamat.

Tentera Israel mendakwa serangan udara itu dilancarkan ke atas ambulans yang dikenal pasti oleh pasukannya sebagai digunakan oleh pejuang Hamas. – AFP



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris



‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’



Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker