Sanusi bagi alasan exco tak ramai, kena pegang banyak portfolio

Sanusi bagi alasan exco tak ramai, kena pegang banyak portfolio

Sanusi Nor memberi alasan kekangan jumlah exco selain portfolio perlu diselaraskan dengan kerajaan persekutuan punca menteri besar atau exco memegang banyak jawatan.

Menteri besar Kedah itu memberi contoh Jemaah Menteri kerajaan persekutuan mempunyai 28 anggota dan ada menteri memegang dua atau tiga portfolio.



“Kabinet negeri cuma ada 11 orang dan setiap exco akan pegang banyak portfolio untuk diselaraskan dengan kerajaan persekutuan,” katanya di Facebook.

Sebelum ini, beberapa pihak mempersoalkan kenapa menteri besar atau exco memegang banyak portfolio. Sanusi sendiri menggalas portfolio perancang negeri; hal ehwal tanah, mineral, dan geosains; hasil bumi; kewangan; syarikat berkaitan kerajaan; majlis tindakan ekonomi negeri; pembangunan Kedah 2035; dan kerjasama luar.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi membidas tindakan Sanusi memegang lapan portfolio sedangkan beliau sepatutnya mengehadkan kepada dua tugas utama membabitkan dasar dan hala tuju negeri.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara pula menjangkakan kes mahkamah dan saman dihadapi Sanusi akan memberi kesan kepada kelancaran pentadbiran kerajaan Kedah, memandangkan beliau akan terpaksa membahagikan masanya.



Sanusi kini berdepan dua kes mahkamah dan dua saman. Beliau berdepan dua pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu pelantikan menteri besar Selangor dan penubuhan kerajaan perpaduan dalam satu ceramah politik di Selayang, bulan lalu.

Beliau juga berdepan tuntutan saman daripada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari selepas mendakwa naib presiden PKR itu terlibat dalam suatu skandal berkait projek pembersihan Sungai Klang.

Sebelum itu, pada 13 Dis, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Sanusi berhubung ucapan yang mengaitkan Ahli Parlimen Tambun itu dengan perlakuan tidak bermoral, dalam kempen ceramah “Jelajah PN Best Tambun”. FMT

Sanusi bagi alasan exco tak ramai, kena pegang banyak portfolio



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang



Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri

Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin



Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker