Polis temui rangka dipercayai kanak-kanak, misteri hampir terbongkar

Polis temui rangka dipercayai kanak-kanak, misteri hampir terbongkar

SEREMBAN: Polis menemui rangka dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di lokasi pencarian di Jalan Bukit Zamrud di sini pagi tadi, selepas operasi mencari dilakukan sejak 28 Mac lalu.

Penemuan kira-kira jam 11 pagi itu menemui tengkorak, gigi geraham dan cebisan rangka dalam keadaan bertaburan di atas tanah serta dilitupi daun kering kira-kira 10 meter daripada lokasi asal pencarian.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, ekoran daripada penemuan rangka manusia itu, pihaknya mengklasifikasikan kes terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

“Penemuan rangka ini berhubung kes kanak-kanak hilang dan kami sudah mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 302. Polis menemui tengkorak, gigi geraham dan cebisan tulang di lokasi ini.

“Kami percaya tulang ini adalah milik mangsa, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun. Bagaimanapun tulang ini akan dihantar ke forensik dan patologi bagi mengesahkan sama ada ia milik manusia atau haiwan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Media pada 28 Mac lalu melaporkan polis membawa seorang wanita yang dipercayai ada kaitan dengan penemuan mayat wanita di kawasan gaung dekat Jalan Lama Bukit Putus ke satu kawasan belukar di Jalan Bukit Zamrud, Temiang di sini.

Polis bagaimanapun enggan mendedahkan tujuan pencarian berkenaan, namun mengesahkan kedua-dua berkenaan mempunyai kaitan.

Ditanya mengenai kaitan kes ini dengan penemuan mayat wanita tanpa identiti di kawasan gaung dekat Jalan Lama Bukit Putus, di sini, 20 Mac lalu, Nanda berkata, suspek bagi kedua-dua kejadian dipercayai individu yang sama.

“Wanita yang ditemui di Jalan Lama Bukit Putus dan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ini tidak mempunyai kaitan.

“Sebenarnya pencarian ini dilakukan sejak 28 Mac lalu sehingga ke hari ini. Kami mendesak suspek utama dan saksi supaya memberitahu lokasi sebenar mangsa dibuang atau ditanam.

“Berdasarkan siasatan awal, polis mendapati anggaran kematian antara dua ke tiga bulan lalu. Rangka ditemui ini akan diuji oleh pihak forensik dan patologi sebelum laporannya akan dihantar ke pihak pendakwa raya untuk pertuduhan.

“Saya percaya siasatan bagi kedua-dua kes ini sudah hampir selesai. Motif kejadian akan diketahui sebaik siasatan selesai dalam masa terdekat,” katanya.

Media pada 21 Mac lalu melaporkan seorang lelaki yang mahu merakam gambar ketika berjoging di Kilometer 14, Jalan Bukit Putus, terkejut selepas menemui satu mayat wanita di kawasan gaung.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita pada 22 Mac di dua lokasi di daerah ini. BH

Polis temui rangka dipercayai kanak-kanak, misteri hampir terbongkar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]

Zoey Rahman Kini Rapat Dengan Shakira Stephen Setelah Tiada jodoh Dengan Zarina Anjoulie

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker