Amaran kepada geng penyeludup, Kastam dah tunggu di sempadan

Amaran kepada geng penyeludup, Kastam dah tunggu di sempadan

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bertindak meningkatkan kawalan di seluruh negara susulan pembukaan semula sempadan negara bermula hari ini.

Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, pihaknya sentiasa dalam keadaan siap siaga selepas pembukaan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lalu.



“Kami jangka tiada sebarang masalah, apatah lagi persediaan dibuat bersama agensi lain dan Kerajaan Negeri yang terbabit,” katanya selepas menghadiri Program Khidmat Bakti Masyarakat anjuran Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit II (Selangor) di Kampung Orang Asli Bukit Tadom, di sini, tadi.

Pada majlis itu, seramai 250 penerima dari tiga kampung Orang Asli di daerah ini yang terjejas akibat banjir luar biasa pada Disember lalu, menerima sumbangan barang keperluan asas berupa beras dan makanan kering.

Mengulas mengenai kegiatan penyeludupan yang berlaku semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Abdul Latif berkata, kegiatan itu tetap berlaku walaupun sempadan negara dibuka semula.

“Kami ambil kira kemungkinan ini dan aktiviti penyeludupan akan berlaku sama ada pada skala besar atau kecil.



“Untuk itu, kami tetap bersiap siaga bersama agensi lain bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF),” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan memutuskan untuk membuka semula sempadan negara pada 1 April susulan fasa peralihan ke endemik.

Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat bersandarkan tiga perkara iaitu fakta terkini Covid-19, keperluan pembukaan sempadan di negara lain dan memberikan keselesaan kepada pengembara. HM

Amaran kepada geng penyeludup, Kastam dah tunggu di sempadan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]



Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya

Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker