PPIM gesa siasatan rapi kes bayi meninggal dunia di pusat jagaan

PPIM gesa siasatan rapi kes bayi meninggal dunia di pusat jagaan

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa siasatan rapi dalam kes seorang bayi yang meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam buaian di pusat jagaan, susulan beberapa keraguan yang ditimbulkan peguam keluarga.

Pengerusinya, Nadzim Johan, mengingatkan pihak berkuasa bahawa orang ramai mengikuti perkembangan kes terbabit.

“Kita minta semoga kes ini disiasat sehingga tiada lagi keraguan di pihak rakyat. Kerana rakyat akan mencurigai. Maka kepercayaan rakyat kepada pihak berkuasa akan terjejas,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, seorang bayi, Nour Rania Asyifaa Yuseri, 15 bulan, dilaporkan maut selepas dikatakan terjerut leher dalam buaian ketika dalam jagaan pengasuh di pusat jagaan kanak-kanak di Taman Nusari Aman 2, Bandar Sri Sendayan.

Ketua Polis Seremban, Nanda Maarof, memberitahu bayi itu dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik kedua rumah pengasuh di mana bahagian leher dan kepalanya telah terkeluar daripada buaian dan tergantung pada kain buaian manakala badannya masih berada dalam buai.

Bapa bayi itu, Yuseri Yusoff, membuat satu laporan polis pada 28 Mac lalu, selepas mendapati tiada perkembangan berkait kes kematian anaknya. Peguam keluarga berkata timbul keraguan mengapa masih belum ada pertuduhan dibuat di mahkamah selepas 37 hari berlalu.

Peguam juga mendakwa tiada reman dikeluarkan walaupun kes melibatkan kematian.

“Tiada langsung yang direman? Pelik juga, sebab kita tak tahu. Jadi kita harap polis dan pendakwa raya kena siasat kembali kes ini,” kata Nadzim. FMT

PPIM gesa siasatan rapi kes bayi meninggal dunia di pusat jagaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker