Mati ketika menjaring di Pantai Morib

Mati ketika menjaring di Pantai Morib

KUALA LANGAT – Kegembiraan tiga sekawan menjaring ikan di Pantai Morib bertukar tragedi dengan seorang daripadanya ditemui lemas, hari ini.

Mangsa seorang lelaki berusia 60 tahun dan bekerja sendiri itu ditemui orang awam kira-kira pukul 12.15 tengah hari sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, berdasarkan siasatan mangsa dan dua rakannya datang dari Gombak ke pantai tersebut bagi menjaring ikan.

Katanya, mereka berjalan kaki di pantai tersebut yang ketika itu air lautnya berada di paras bahu dan berpecah haluan masing-masing untuk menjalankan aktiviti menjaring.

“Ketiga- tiga mereka berjanji untuk berkumpul selepas dua jam namun didapati mangsa didapati tidak kelihatan.

“Ekoran itu, dua rakan lelaki itu kemudian mencari mangsa sebelum melihat orang ramai berkumpul dan memaklumkan terdapat orang mati lemas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Ahmad Ridhwan, dua rakan mangsa seterusnya menghampir lokaliti itu dan mengesahkan mayat itu adalah rakan mereka.

Ujarnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mengambil langkah keselamatan sewajarnya ketika menjalankan aktiviti di air terutama laut,” katanya. K Online

Mati ketika menjaring di Pantai Morib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker