Resepi daging goreng kunyit Kelantan

Sebaran :

Menu daging goreng kuning umumnya tampak sama, namun ia memiliki rasa dan kaedah memasak dan penyediaan yang berbeza.

Minggu ini Seri bawakan resipi Nur Yusaini Mohd. Yusoff dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Selamat mencuba.

Bahan-bahan:

300 gram (g) daging



7 ulas bawang putih

1 ½ inci halia

½ biji bawang Holland

1 biji cili besar



1 atau 2 sudu teh serbuk kunyit

½ sudu teh garam

Gula ikut cita rasa

1 sudu teh serbuk secukup rasa



Cara-cara penyediaan:

Potong dadu daging atau hiris nipis.

Bersihkan daging.

Lenyekkan secara kasar lima ulas bawang putih.

Setelah itu, rebus daging tersebut selama 20 minit atau sehingga lembut dan empuk.

Semasa daging direbus, masukkan satu sudu teh serbuk kunyit dan bawang putih yang sudah dilenyek tadi.

Setelah air daging kering, biarkan daging tersebut dalam kuali sama, kemudian masukkan empat sudu makan minyak masak dan gaul.

Masukkan dua ulas bawang dan halia yang dihiris halus.

Masukkan bawang Holland dan cili besar (bawang dipotong mengikut cita rasa).

Kemudian masukkan, garam, gula serta serbuk secukup rasa.

Tutup api dan siap.

NUR YUSAINI MOHD. YUSOFF

Resepi daging goreng kunyit Kelantan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Sotong Kayangan Goreng Tepung


Sebaran :

Leave a Reply