Resepi Sotong Kayangan Goreng Tepung

Sebaran :

Resepi Sotong Kayangan Goreng Tepung

Ini dia sotong kayangan goreng tepung yang sangat sedap dan memuaskan. Jarang jumpa yang macam ni kan? Kalau dekat Indonesia ia di panggil cumi fantasi.

Rasa dia memang betul-betul sedap, jadi sesuai sangat kalau diberi nama sedemikian rupa. Nak menyediakan sotong goreng tepung ini juga cukup mudah. Tapi kalau nak buat tu dinasihatkan buat banyak sikit nanti tak puas makan.

Jangan buang masa lagi, jom cuba resepi di bawah.



BAHAN-BAHAN:

Bahan Utama:

250 gram sotong segar, potong bulat (cincin)
1 sdm jagung
1 sdm sos tiram
Dan 1 sdt minyak bijan
1/4 sdt serbuk lada
1/2 sdt garam
1 biji telur ayam

Resepi makanan “kayangan” di negara kita QUINOA dan kelebihannya.

Bahan Salutan Kering:

3 sdm makan tepung gandum
2 sdm tepung jagung
1/4 sdt baking powder
Serta 1/4 sdt baking soda
1/4 sdt serbuk lada
1/2 sdt garam

Bahan Tumis:



4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih (cincang halus)
1 batang daun bawang (dihiris)
1/4 sdt garam
1/4 sdt serbuk lada
Dan 1/4 sdt gula
1/2 sdt serbuk perasa

CARA PENYEDIAAN:

Campur rata bahan utama dan biarkan selama 15 minit.
Kemudian campurkan sotong ke dalam salutan tepung sampai semua permukaan sotong di saluti tepung.
Goreng dengan minyak panas yang agak banyak sampai kekuningan atau kecoklatan. Angkat dan tapiskan.
Tumis bawang putih yang dicincang tadi sampai kekuningan. Lalu tambahkan daun bawang dan cili padi. Kemudian masukkan garam, gula, lada dan serbuk perasa. Kacau sampai sebati.
Akhir sekali masukkan sotong goreng dan kacau dengan cepat.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!

Resepi Sotong Kayangan Goreng Tepung


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Myvi baharu lebih sporty

Kilang roti penuh najis tikus dan lipas


Sebaran :

Leave a Reply