Kes Covid-19 akan meningkat semula rakyat makin leka – Persatuan Perubatan Malaysia

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) melahirkan kebimbangan berhubung tanda-tanda peningkatan semula kes Covid-19.

Presiden MMA, Koh Kar Chai berkata demikian susulan indikator kadar kebolehjangkitan Covid-19 (R-Naught) di Malaysia meningkat kepada angka 1.0.

“MMA mengingatkan orang ramai supaya tidak leka dengan wabak semasa. Jangan terpengaruh dengan berita yang mengatakan Malaysia sedang memasuki fasa endemik dan tidak berjaga-jaga.

“Jumlah kes positif Covid-19 harian kita sudah cukup teruk dan sudah mula meningkat semula dengan kadar jangkitan Covid-19 telah mencecah 1.0 yang sememangnya membimbangkan,” kata Koh dalam satu kenyataan.

Setakat semalam jumlah kes baru Covid-19 mengatasi jumlah kes yang pulih untuk hari keempat berturut-turut manakala nilai R-naught meningkat kepada 1.0.

Nilai R-Naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan Covid-19, iaitu berapa banyak kes yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Koh turut melahirkan kebimbangan berhubung kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 di Terengganu yang telah mencapai 84 peratus setakat ini.

“Kami melihat ramai yang melakukan kerja harian mereka melupakan keperluan memakai pelitup muka dengan betul dan mengekalkan jarak fizikal,” katanya.

Koh menegaskan selain vaksin Covid-19, pelitup muka dan penjarakan fizikal masih diperlukan untuk memerangi wabak Covid-19.

“Kehilangan nyawa masih boleh dilihat dan bagi mereka yang bernasib baik setelah pulih, ramai yang memerlukan rawatan perubatan dan pemulihan jangka panjang selepas menderita akibat virus itu.

“Bagi sesetengah orang yang pulih dari Long Covid, mereka menghadapi tekanan dan hilang rasa keinginan untuk hidup.

“Penderitaan pesakit yang terselamat akibat kegagalan organ dalaman adalah sesuatu yang menyedihkan dan perlu dilihat oleh mereka yang percaya bahawa Covid-19 cerita yang direka-reka,” katanya.

Kes Covid-19 akan meningkat semula rakyat makin leka – Persatuan Perubatan Malaysia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janji perangi rasuah, gimik PN yang tak berkesudahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker