Banyak Khasiatnya! Kurangkan Buang Kulit Bawang Merah Sebelum Masak

Sebaran :

Banyak Khasiatnya! Kurangkan Buang Kulit Bawang Merah Sebelum Masak

Bawang merah atau nama saintifiknya allium cepa L merupakan sejenis tumbuhan yang termasuk dalam kumpulan Liliaceae yang tumbuh di Eropah, Asia, Amerika Utara dan Afrika. Bawang merah digunakan dalam setiap masakan untuk menambah rasa sedap dan aroma yang wangi.

Seperti anda semua tahu, bawang merah mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Namun, perlu diingatkan untuk mendapat khasiat bawang merah, lebih baik makan secara mentah seperti perkongsian Dr Suri Roowi ini.

KURANGKAN BUANG KULIT BAWANG MERAH SEBELUM MASAK

Jelas Dr Suri Roowi, bawang boleh membantu dalam merawat masalah seperti ulser, saraf, darah tinggi dan juga ia merupakan agen antikanser serta bertindak sebagai antioksiden.



bawang merah

Bawang merah untuk masalah kelakian, darah tinggi dan stroke? Ramai mungkin telah maklum bahawa bawang adalah antara sumber berkhasiat dalam dapur kita. Terdapat kajian oleh Saintis bahawa bawang membantu masalah ulser, masalah saraf, antiviral, antiradang, athma, membantu masalah jantung, darah tinggi dan sebagai agen antikanser. Selain bertindak sebagai antioksidan

Seperti juga halia, bawang juga boleh tingkatkan hormon testosterone (hormon lelaki) – bagus untuk masalah kelakian. Kajian pada tahun 2012 ke atas tikus, mendapati pemberian jus bawang segar selama 4 minggu meningkatkan hormon testosterone

bawang merah

Quercetin adalah antara bahan berkhasiat dalam bawang. Bahan ini tinggi dalam kulit luar bawang diikuti dengan lapisan dekat kulit luar. Namun, biasanya bahagian ini dibuang sebelum memasak.

DAPAT MENGURANGKAN RISIKO STROKE

Tambahnya lagi, kulit luar bawang yang dikeringkan mengandungi khasiat Quercetin dan ia bertindak untuk mengurangkan risiko serangan stroke.

Kulit luar bawang (yang kering) sebenarnya mengandungi bahan berkhasiat Quercetin. Bahan ini lebih mudah serap ke dalam darah Bahan ini bertindak sebagai antidarah tinggi dan kurangkan risiko stroke. 



Di pasaran, terdapat juga produk teh menggunakan kulit bawang. Teknik merebus atau “masak air” boleh hilangkan khasiat bawang sehingga 22% manakala menumis @ menggoreng bawang boleh kurangkan khasiat sehingga hampir 30%

Justeru, minimakan buang kulit bawang sebelum dimasak dan makan bawang mentah  untuk mendapatkan khasiat yang banyak. Dan bagi sesiapa yang ada masalah penghadaman, perlu kurangkan makanan yang tinggi sulfur seperti petai dan bawang mentah. Makan ikut kadarnya.

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

Banyak Khasiatnya! Kurangkan Buang Kulit Bawang Merah Sebelum Masak



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi baharu lebih sporty

Kilang roti penuh najis tikus dan lipas


Sebaran :

Leave a Reply