PRN Melaka: Tempoh mengundi tamat, siapa pilihan rakyat Melaka?

MELAKA: Dengan berakhirnya waktu pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 5.30 petang ini, debaran semasa dirasakan apabila semua kertas undi dibawa ke pusat penjumlahan untuk pengiraan.

Keputusan dijangka diketahui paling awal sekitar pukul 8 malam dan berkemungkinan boleh berlarutan hingga tengah malam.

Keputusan penuh bagi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dalam pilihan raya itu mungkin diumumkan sekitar pukul 10 malam.



Sehingga pukul 4 petang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, sebanyak 61 peratus pengundi telah keluar mengundi di 217 pusat yang mula dibuka pada pukul 8 pagi.

PRN Melaka disifatkan oleh pemerhati politik sebagai paling sengit kerana kesemua 28 kerusi menyaksikan pertembungan tiga penjuru dan lebih.

Paling menarik perhatian adalah pertembungan dua parti kerajaan antara Barisan Nasional (BN) dengan Perikatan Nasional (PN). –

PRN Melaka: Tempoh mengundi tamat, siapa pilihan rakyat Melaka?

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker