Saman RM10 juta menanti 5 individu fitnah ‘jutawan sampah’

Saman RM10 juta menanti 5 individu fitnah ‘jutawan sampah’

“Kesabaran saya ada hadnya, begitu lama beberapa individu-individu membuat pelbagai fitnah yang melampaui batas sehingga saya membuat keputusan untuk menyaman mereka dengan saman fitnah RM10 juta.

“Walaupun selepas ini ada permohonan maaf, saman ini akan diteruskan,” kata jutawan hartanah dari Besut, Mohamad Azlan Abdullah @ Ali yang memfailkan saman terhadap lima individu yang didakwa mengeluar dan menyebarkan fitnah yang mengaitkannya dengan isu tanah di laman Facebook, baru-baru ini.

Mohamad Azlan yang merupakan pemilik Syarikat Azlan Al Amin Properties Sdn. Bhd. berkata, beliau nekad mengambil tindakan undang-undang itu selepas imej dan reputasinya tercalar teruk akibat kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan mereka.

“Perbuatan individu-individu ini bermula setahun yang lepas, sekitar April 2021. Macam-macam mereka tuduh saya, fitnah saya. Ada yang tuduh saya menipu isu tanah, ada yang kata saya Yahudi, saya gila tidak cukup dengan itu label saya dengan perkataan-perkataan jelik.

“Saya terpaksa ambil keputusan ini dan saman mereka, ini juga satu pengajaran kepada mereka semua tidak sesekali mengulangi perbuatan memfitnah seseorang tanpa bukti kukuh, sebaliknya bercakap dan menulis atau mengeluarkan kenyataan sesuka hati. Walaupun mereka mohon maaf, saya tetap teruskan,” katanya hari ini.

Mohamad Azlan juga mendakwa beliau mengalami kerugian teruk apabila terdapat rakan niaga menarik diri daripada menjalinkan kerjasama selepas kenyataan fitnah tersebut dikeluarkan.

Terdahulu peguam yang mewakili Mohamad Azlan, Datuk Wan Azmir Wan Majid dari Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak (HWAM) tampil membuat sidang media berkaitan saman fitnah tersebut.

Kata Wan Azmir, pihaknya telah memfailkan saman pada 28 Mac di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan pendengaran akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Akibat perbuatan ini, anak guam saya juga telah rugi dengan begitu banyak sekali. Saya tidak sebut jumlah kerugian itu yang dalam pelbagai bentuk termasuklah dalam perniagaan beliau. Kita tetapkan jumlah RM10 juta sebagai ganti rugi setakat ini,” ujarnya.

Sebelum ini, jutawan hartanah yang bermula sebagai pengutip sampah itu tular kerana membawa kegembiraan kepada kira-kira 400 penduduk Besut yang juga tempat kelahirannya apabila mempelawa mereka menaiki helikopter secara percuma.

Kisah dari pengutip sampah kepada ahli perniagaan bergelar jutawan diabdikan menerusi penulisan buku ‘Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan’. MG

Saman RM10 juta menanti 5 individu fitnah ‘jutawan sampah’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker