Isteri Guan Eng tidak dibenar masuk mahkamah

Isteri Guan Eng tidak dibenar masuk mahkamah

Pihak pembelaan dalam kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, hari ini mengemukakan aduan kepada hakim Mahkamah Sesyen di sini mengenai protokol keselamatan yang ketat, sehingga menyebabkan ahli keluarga anak guamnya tidak dapat memasuki mahkamah untuk mengikuti prosiding perbicaraan.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim memberitahu Hakim Azura Alwi bahawa, isteri kepada anak guamnya Betty Chew, beberapa orang peguam serta penyokong Ahli Parlimen Bagan itu telah dihalang pihak polis daripada memasuki bilik mahkamah, walaupun mereka sering hadir pada perbicaraan sebelum ini.

“Yang Arif, seperti yang dilihat galeri awam kosong pada hari ini kerana pihak polis tidak benarkan sesiapa masuk termasuk isteri tertuduh…jadi saya mohon arahan Yang Arif kerana saya juga ada pegawai (peguam) yang perlu membantu saya dan beliau juga ada di luar,” kata peguam itu.

Menjawab pertanyaan Gobind, Azura berkata pihaknya juga tertakluk kepada arahan jawatankuasa keselamatan mahkamah, untuk memberikan senarai nama individu yang ingin mengikuti prosiding perbicaraan.

“Kita akan benarkan masuk (ke mahkamah) mengikut senarai nama dan kapasiti, dengan mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya.

Gobind kemudian bersetuju dan berkata pihaknya akan memberikan senarai nama individu yang ingin mengikuti prosiding dua hari sebelum perbicaraan bermula.
Sementara itu, tiga saksi pendakwaan iaitu bekas setiausaha sulit kanan Lim, Datuk Ng Wee Kok serta M. Maheswari dan S. Vijayalakchimi yang masing-masing merupakan bekas setiausaha majlis mesyuarat kerajaan negeri (MMKN) Pulau Pinang, dipanggil semula untuk membuat pengecaman kira-kira 30 dokumen minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), berhubung projek terowong dasar laut itu.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, turut memaklumkan saksi pendakwaan ke-11 iaitu bekas penasihat undang-undang Pulau Pinang Datuk Faiza Zulkifli, sepatutnya dipanggil untuk disoal balas hari ini tetapi terpaksa dibatalkan pada saat akhir, kerana saksi itu dijangkiti Covid-19.

Guan Eng berhadapan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta, dalam membantu Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd syarikat milik Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek itu dan dituduh melakukan perbuatan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.

Guan Eng yang juga bekas setiausaha agung DAP itu turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017. Perbicaraan di hadapan Azura bersambung 26 Mei ini. Sinar

Isteri Guan Eng tidak dibenar masuk mahkamah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker