Bapa mengaku rogol anak kandung

Bapa mengaku rogol anak kandung

MELAKA – Seorang bapa mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, di sini, hari ini atas empat pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandungnya sendiri pada Oktober dan Januari lalu.

Tertuduh berusia 41 tahun yang bekerja sebagai pengait sawit membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol anak perempuannya berusia 15 tahun lima bulan yang mana hubungan itu tidak dibenarkan mengikut undang-undang, hukum agama, adat, kebiasaan yang terpakai untuknya berkahwin.



Perbuatan itu didakwa dilakukannya di kebun kelapa sawit di Kampung Parit Putat Benteng, Sungai Rambai, Jasin pada 20 Januari lalu, kira-kira jam 9 malam.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana merogol dan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan.

Manakala bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang juga anak sulung daripada empat beradik pada masa, tarikh dan tempat sama.

Pendakwaan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama.



Sabit kesalahan, Seksyen 14 (a) AKSTK 2017 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, manakala Seksyen 16 (1) akta sama, membawa hukuman maksimum lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.

Bagi dua lagi pertuduhan tertuduh didakwa merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak kandungnya itu di sebuah rumah di kampung sama kira-kira jam 8.30 pagi 18 Oktober 2021.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Intan Lyiana Zainal Abidin tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.

Bagaimanapun jika mahkamah menggunakan budi bicara untuk memberi jaminan, pendakwaan mencadangkan RM50,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa.



Mahkamah menetapkan 27 April depan untuk fakta dan hukuman. MG

Bapa mengaku rogol anak kandung


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker