Samun kedai emas Chow Kit sembunyi di Taiping

Samun kedai emas Chow Kit sembunyi di Taiping

Selepas menyamun sebuah kedai emas di Chow Kit di sini pada 23 Mac lalu – seorang lelaki lari ‘bersembunyi’ sampai ke Taiping, Perak akhirnya dicekup polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, empat lagi individu disyaki rakannya yang bersubahat dalam insiden itu turut diberkas kemudian.

“Pada jam sekitar pukul 4.30 pagi tadi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah menyerbu sebuah hotel di Taman Aor Jaya, Taiping selepas menerima maklumat tempat persembunyian suspek.

“Hasil serbuan di dalam bilik hotel berkenaan polis menahan seorang lelaki dalam lingkungan umur 40-an kerana terlibat dalam kes samun di sebuah kedai emas di Chow Kit lima hari lalu.

“Hasil soal siasat dan pemeriksaan lanjut polis berjaya merampas 12 utas gelang kaki kanak-kanak dan sebuah motosikal Honda Dash warna biru daripada suspek,” katanya dalam kenyataan kejayaan hari ini.

Tambah Noor Dellhan, polis juga kini berusaha mengesan barang kemas lain yang dilarikan dalam kes samun itu.

Susulan daripada tangkapan pertama dan berpandukan maklumat, polis berjaya menjejaki dan menahan empat lagi individu bagi membantu siasatan lanjut.

Katanya, tiga suspek telah ditahan di sekitar Lembah Klang manakala seorang lagi ditahan di Perak.

“Menerusi tangkapan itu, polis setakat ini telah menahan seramai lima suspek termasuk suspek utama mendalangi jenayah samun itu. Kesemua suspek berusia antara 29 hingga 49 tahun,” katanya.

Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 397 Akta yang sama.

“Kesemua tangkapan berkenaan akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut,” ujarnya. MG

Samun kedai emas Chow Kit sembunyi di Taiping


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah

Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker