Lelaki berparang samun barang kemas RM25,000 warga emas

Lelaki berparang samun barang kemas RM25,000 warga emas

Seorang warga emas berputih mata apabila disamun di hadapan rumah anaknya di Bandar Tun Razak di sini, kira-kira 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Muhammad Idzam Jaafar berkata, wanita berusia 77 tahun itu disamun dua lelaki tempatan bersenjatakan parang yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna biru hitam.

Katanya, klip video kejadian itu yang tular dalam media sosial menunjukkan suspek menarik dua utas rantai leher dan memotong dua utas gelang tangan mangsa menggunakan gunting pemotong, sebelum melarikan diri menaiki motosikal bernombor pendaftaran palsu.

“Mangsa mengalami kecederaan luka di tangan dan jumlah kerugian dianggarkan RM25,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, polis sedang mengesan dua suspek terbabit dan memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras 013-2165881, hotline polis Kuala Lumpur 03-2146 0584/585 atau mana-mana balai polis berdekatan. FMT

Lelaki berparang samun barang kemas RM25,000 warga emas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker