Amran Tompel meninggal dunia
SEREMBAN – Pelakon dan pelawak terkenal, Amran Tompel atau nama sebenarnya, Amran Tompel Ramlie meninggal dunia pada usia 72 tahun, petang Sabtu.
Berita kematian Allahyarham dimaklumkan oleh bekas isterinya, Anas Salmee Syed Mohamad, 53, ketika dihubungi Sinar Harian.
Amran yang tinggal di rumah sewa anaknya di Taman Matahari Height, Senawang di sini, sebelum ini terpaksa bergantung sepenuhnya dengan anak-anak untuk menguruskan diri.
Anas Salmee berkata, Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 5.20 petang oleh pegawai perubatan yang datang ke rumah sebaik mendapati Allahyarham tidak memberikan sebarang respon lebih kurang jam 4.40 petang.
“Pagi tadi (Sabtu) seperti biasa saya bantu anak-anak uruskan arwah dan dia dalam keadaan baik saja.
“Selepas masak dan kemas rumah, saya menjenguk arwah yang baring di atas katil di ruang tamu dan tengok dia diam saja sebelum anak beritahu ayah sudah tiada,” katanya.
Menurutnya, Allahyarham sebelum ini terlantar sakit akibat serangan angin ahmar selain sakit jantung dan darah tinggi.
Sinar Harian difahamkan jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada Ahad di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights, Senawang.
Baca Artikel Menarik:
- Tiada rundingan ambil alih Sapura – Petronas
- Perak tegas tak akan bekal air mentah kepada Pulau Pinang – Saarani
- Janji Najib pada orang Cina: ‘Hari bahagia kan kembali’
- Janji Najib pada orang Cina: ‘Hari bahagia kan kembali’
- Rider Foodpanda digantung kerja
- Penyanyi nasyid ditahan dalam kes dadah
- Malaysia Airlines tawar diskaun
- Minta maaf, padam ‘posting’ atau saya saman – Ahmad Said
- 5 Cara Cegah Jangkitan, Menahan Kencing Ketika Lakukan Seks Antara Punca Rasa Pedih
- Cuba kebas RM123 juta
- Doktor Ukraine arah tentera Rusia yang ditangkap supaya dikasi
- Bakal keluar Bersatu, Zuraida kunci mulut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.