Tak boleh naik pesawat seumur hidup

Tak boleh naik pesawat seumur hidup

Manchester: Seorang wanita tidak dibenarkan menaiki pesawat seumur hidup kerana tindakannya cuba membuka pintu pesawat dalam penerbangan ke Turki, baru-baru ini.

Syarikat penerbangan Jet2 memboikot Catherine Bush daripada menaiki pesawat syarikat itu.

Ketika insiden itu berlaku, wanita itu juga ditahan kerana menampar beberapa penumpang lain dalam penerbangan terbabit.

Bush juga didenda 5,000 pound sterling (kira-kira RM27,800) kerana menengking kru kabin yang cuba menenangkannya.

Dalam rakaman video tular, Bush dirakam menjerit dan enggan duduk di tempat duduknya walaupun sudah diarahkan kru kabin.

Tindakan itu juga menyebabkan juruterbang melencongkan pesawat ke Vienna selepas keadaan dilihat tidak terkawal.

Tiba di lapangan terbang Vienna, sepasukan polis sudah bersedia untuk menahan wanita itu.

Ada penumpang mendakwa Bush dalam keadaan khayal sebelum menaiki pesawat itu.

Seorang penumpang berkata, wanita terbabit membuat bising di bahagian depan pesawat dan enggan ditenteramkan.

“Suasana sangat bising dan wanita itu pergi ke bahagian depan pesawat dan kelihatan sangat marah dengan kru kabin.

“Dia juga enggan menuruti arahan dan tidak mengendahkan arahan untuk bertenang,” katanya.

Suara wanita itu semakin kuat dan dia pergi ke beberapa penumpang lalu menjerit di depan muka mereka. HM

Tak boleh naik pesawat seumur hidup


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker