2 lelaki berparang samun barang kemas RM25,000 warga emas [VIDEO]

PETALING JAYA: Seorang warga emas disamun dua lelaki bersenjatakan parang yang melarikan barang kemasnya bernilai RM25,000 dalam kejadian di Kampung Konggo Bandar Tun Razak, Cheras, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Idzam Jaafar, berkata rakaman video berhubung insiden berkenaan tersebar luas di media sosial dan orang awam dinasihat menghentikan perkongsian rakaman itu bagi mengelak ketidaktenteraman awam.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, kejadian itu dipercayai berlaku sekitar 9 pagi dan wanita berusia 77 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian tangan.

Beliau berkata, dua lelaki bersenjatakan parang itu meragut rantai dan menggunakan pemotong untuk menggunting dua gelangnya, sebelum melarikan diri menggunakan motosikal.

“Suspek berkenaan melarikan diri menggunakan motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna hitam biru dengan nombor pendaftaran palsu.”

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi polis Cheras di talian 013-216 5881 atau hotline 03-2146 0584/03-2146 0585.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker