2 juta dijangka hilang status ‘divaksin sepenuhnya’ minggu depan

2 juta dijangka hilang status ‘divaksin sepenuhnya’ minggu depan

Dua juta rakyat Malaysia dijangka kehilangan status “divaksin sepenuhnya” di aplikasi MySejahtera mulai 1 April, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, hari ini.

Angka unjuran ini melibatkan penerima Sinovac berumur 18 tahun ke atas dan warga emas 60 tahun ke atas yang gagal mendapatkan suntikan dos penggalak sebelum akhir bulan ini.

Pada sidang media hari ini, Khairy mendedahkan bahawa setakat ini, 2.9 juta penerima Sinovac masih belum menerima dos penggalak mereka, yang mungkin menyebabkan mereka kehilangan status “divaksin sepenuhnya”.

Tarikh akhir untuk mendapatkan suntikan penggalak untuk warga emas dan penerima Sinovac pada asalnya ditetapkan pada 28 Feb tetapi dilanjutkan sehingga 31 Mac.

Keberkesanan vaksin Covid-19 berkurangan dari semasa ke semasa. Keberkesanan Sinovac, khususnya, mengalami penurunan mendadak selepas tiga bulan. Mk

2 juta dijangka hilang status ‘divaksin sepenuhnya’ minggu depan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Hina OKU, Kak Long 7E akhirnya mengadap Polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker