Tak mahu buat saringan takut positif

Tak mahu buat saringan takut positif

SEBANYAK 38 peratus peserta daripada 11 negara yang menyertai satu kajian mengakui takut untuk melakukan ujian saringan HIV.

Kajian itu dilakukan oleh Roche Diagnostics terhadap 9,240 peserta yang dianggap berdepan masalah kesihatan pada tahun lepas.

Analisis data yang dikumpulkan daripada sejumlah peserta yang tidak mahu melakukan ujian saringan itu bimbang hasil pemeriksaan akan menunjukkan tanda positif.

Selain menganalisis ujian saringan HIV, penyelidik juga melihat adakah peserta pernah melakukan saringan untuk masalah hepatitis.

Hasil kajian turut menunjukkan, sebanyak 41 peratus peserta mengakui tidak mahu melakukan saringan tersebut.

Hal ini kerana, mereka mempunyai rasa takut jika dijangkiti dengan hepatitis.

Sementara itu, pasukan penyelidik turut menyertakan beberapa indikator yang menjadi penyebab peserta takut melakukan kedua-dua ujian saringan tersebut.

Antaranya adalah kurangnya maklumat tentang ujian saringan, kos saringan mahal, tidak mempunyai waktu dan takut hasil pemeriksaan menunjukkan keputusan positif.

Dalam pada itu, Penasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Wilayah Pasifik Barat, Rohit Sahgal menjelaskan, kesedaran dan keinginan masyarakat untuk melakukan ujian saringan terhadap penyakit kini mula menurun.

“Beberapa tahun kebelakangan ini, kesedaran masyarakat untuk melakukan ujian saringan terhadap penyakit kronik semakin berkurangan.

“Mereka seharusnya mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap perkara itu,” jelasnya. K Online

Tak mahu buat saringan takut positif


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang

Kerajaan sedang kaji mengapa ramai guru bersara awal

Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker