China semakin galak
China semakin galak
China didakwa menguatkuasakan tindakan ketenteraan sepenuhnya di sekurang-kurangnya tiga daripada beberapa pulau yang dibina di Laut China Selatan.
Ia lengkap dengan sistem peluru berpandu antikapal dan antipesawat, peralatan laser serta jet pejuang dalam langkah semakin agresif yang mengancam semua negara yang beroperasi berdekatan.
Komander Indo-Pasifik Amerika Syarikat (AS) John C Aquilino berkata, tindakan itu amat bertentangan dengan jaminan Presiden China Xi Jinping, sebelum ini, bahawa Beijing tidak akan mengubah pulau buatan di perairan yang dipertikaikan menjadi pangkalan tentera.
“Sejak 20 tahun yang lalu, kami menyaksikan peningkatan ketenteraan terbesar sejak Perang Dunia Kedua oleh China.
“Ia memajukan semua keupayaan dan pengumpulan persenjataan itu menjejaskan kestabilan rantau ini,” kata Aquilino.
Tiada komen segera daripada pegawai China.
Beijing mengekalkan profil ketenteraannya, diatur untuk melindungi apa yang dikatakannya sebagai hak kedaulatannya.
Tetapi selepas bertahun-tahun meningkatkan perbelanjaan ketenteraan, China kini mempunyai bajet pertahanan kedua terbesar di dunia selepas AS.
Ia dengan pantas memodenkan kekuatannya dengan sistem senjata termasuk pesawat pejuang J-20, peluru berpandu hipersonik dan dua kapal induk, dengan satu pertiga dalam pembinaan.
Semasa rondaan, pesawat P-8A Poseidon milik AS, berulang kali menerima amaran China.
Amaran itu menyatakan ia secara haram memasuki kawasan yang dikatakan sebagai wilayah China dan mengarahkan pesawat itu beredar.
“China mempunyai kedaulatan ke atas kepulauan Spratly, serta kawasan maritim di sekitarnya. Jauhi segera untuk mengelak penilaian yang salah,” kata salah satu mesej radio.
Tetapi pesawat tentera laut AS meneruskan peninjauan secara ringkas.
“Kami adalah pesawat tentera laut AS yang berdaulat yang menjalankan aktiviti ketenteraan yang sah di luar ruang udara negara mana-mana negara pesisir pantai.
“Melaksanakan hak ini dijamin oleh undang-undang antarabangsa dan saya beroperasi dengan mengambil kira hak dan kewajipan semua,” katanya.
Aquilino berkata, pembinaan senjata peluru berpandu, hangar pesawat, sistem radar dan kemudahan ketenteraan lain di Mischief Reef, Subi Reef dan Fiery Cross di Kepulauan Spartly sudah siap. HM
China semakin galak
Baca Artikel Menarik:
- Kes saman fitnah ketua hakim syarie ke atas Lokman selesai
- Bukan saya seorang saja yang berpakaian menonjol – Eyka Farhana
- Premis tawar khidmat seks warga asing diserbu
- Bekas Presiden JCorp didakwa perdaya pelaburan RM9.46 juta
- Isteri Ng wujud syarikat samaran, ‘cuci’ wang ‘berjuta dolar’ daripada Jho Low
- Calon ketua Pemuda PKR? Mana Adam menghilang selama ini?
- Tuduhan dipecat, Anwar bela Farhash
- Tolong maafkan Zul – Ruhainies
- German usir dua rakyat Malaysia terima dok penggalak berbeza
- Tyson tuntut RM4.2 bilion jumpa YouTuber
- Aksi panas, itu bukan saya – Siti Khadijah
- Rayer ganggu sesi penggulungan bangkit isu larangan pemakaian tudung di India
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang
Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri
You must be logged in to post a comment.