China tutup bandar berpenduduk 9 juta orang

China tutup bandar berpenduduk 9 juta orang

China menutup bandar perindustrian yang dihuni sembilan juta orang selama semalaman dan melaporkan lebih 4,000 kes baharu COVID-19 hari ini, ketika negara terbabit melaksanakan strategi sifar-COVID-19 itu berdepan gelombang Omicron.

Pihak berkuasa negara itu melaporkan 4,770 jangkitan baharu di seluruh negara dengan sebahagian besarnya membabitkan wilayah timur laut Jilin, ketika bandar Shenyang di wilayah jiran Liaoning diarah ditutup lewat semalam.

China sebelum ini bergerak pantas dalam beberapa minggu kebelakangan ini untuk menghapuskan kluster virus dengan pilihan-dan-campuran penguncian hiper-tempatan, ujian besar-besaran dan penutupan seluruh bandar.

Ia melaporkan dua kematian COVID-19 Sabtu lalu, kematian yang pertama dalam tempoh lebih setahun.

Bagaimanapun, pihak berkuasa memberi amaran mengenai risiko kepada pertumbuhan ekonomi yang bakal tercetus oleh penutupan berterusan ketika negara itu berusaha untuk mengimbangi krisis kesihatan dengan keperluan ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Shenyang sebuah pangkalan industri yang menempatkan pelbagai kilang termasuk pengeluar kereta BMW, melaporkan 47 kes baharu hari ini apabila pihak berkuasa meletakkan semua kawasan perumahan di bawah ‘pengurusan tertutup’ dan menghalang penduduk daripada keluar tanpa keputusan ujian negatif 48 jam.

Minggu lalu, Presiden China, Xi Jinping, sekali lagi menekankan keperluan untuk ‘meminimumkan kesan’ pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negaranya, namun turut menggesa pegawai untuk ‘berpegang kepada pendekatan semasa sifar-COVID19’.

Bagaimanapun, dengan lonjakan Omicron terkini memaksa pihak berkuasa membenarkan pesakit bergejala ringan keluar daripada wad disebabkan kekurangan katil.

Sesetengah bandar seperti Shanghai bagaimanapun mengelak sekatan penuh dan sebaliknya mengenakan rangkaian sekatan bangunan individu, walaupun jangkitan asimtomatik harian baharu di sana meningkat sehingga kepada jumlah beratus-ratus.

Semalam, Pegawai Wilayah Jilin mengumumkan ketibaan 10,000 ubat oral COVID-19 Pfizer pada Ahad, menandakan kali pertama Paxlovid akan digunakan di China.

Minggu lalu, wilayah itu mengenakan sekatan perjalanan yang ketat, melarang penduduk tempatan meninggalkan bandar dan daerah mereka, manakala beberapa bandar telah menguatkuasakan perintah berkurung supaya kekal berada dalam rumah.

Pusat kuasa teknologi selatan, Shenzhen semalam mengumumkan pihaknya akan menarik balik penutupannya selama seminggu ‘dengan cara yang teratur’, selepas sebahagiannya mengurangkan langkah itu Jumaat lalu untuk meminimumkan kesan penutupan virus terhadap kilang dan pelabuhan.

Minggu lalu juga, pegawai kesihatan mendedahkan hanya kira-kira separuh daripada warga China berusia lebih 80 tahun sudah menerima suntikan vaksin sebanyak dua kali. BH

China tutup bandar berpenduduk 9 juta orang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


13 Negara Boleh Melancong Tanpa Perlu Kuarantin Ketika Pulang

Kerajaan sedang kaji mengapa ramai guru bersara awal

Ibu Terkejut Perut Anak Membesar, Rupanya Dirogol Sepupu Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker