Gempa bumi kuat di timur Jepun, 2 maut [VIDEO]

TOKYO – Dua orang terbunuh dan puluhan cedera dalam gempa bumi kuat yang menggegarkan sebahagian besar timur Jepun pada malam Rabu sehingga menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan, kata pihak berkuasa pada Khamis.

Penduduk dan pegawai-pegawai masih berusaha menilai kerosakan setelah gempa bumi berskala 7.4 magnitud melanda bahagian timur laut negara itu sebelum tengah malam waktu tempatan.

Amaran tsunami untuk ombak sehingga satu meter di bahagian timur laut Jepun telah ditarik balik pada awal pagi Khamis setelah pihak berkuasa mencatatkan paras air hingga 30 sentimeter iaitu lebih tinggi daripada kebiasaan di beberapa kawasan.



Laporan awal menunjukkan berlaku kerosakan agak kecil di timur laut negara itu.

Bangunan-bangunan di Jepun dibina supaya ia boleh bertahan daripada kemusnahan akibat gegaran gempa bumi yang kerap berlaku.

Pegawai di negara tersebut turut menyatakan loji nuklear Fukushima tidak terjejas berikutan gempa bumi kuat itu.



Dalam kejadian itu, seorang terbunuh di wilayah Fukushima dan seorang lagi di Miyagi, menurut Agensi Bomba dan Pengurusan Bencana dengan lebih 90 orang cedera di beberapa wilayah.

Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 60 kilometer dari pantai Fukushima dan didahului beberapa minit sebelum itu oleh satu lagi gegaran sekuat 6.1 magnitud di kawasan yang sama, kata Agensi Meteorologi Jepun. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara



Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]



Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker