Letak Label Kandungan Garam Produk Makanan, Minuman – Dr. Noor Hisham
Letak Label Kandungan Garam Produk Makanan, Minuman – Dr. Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan pihak industri makanan agar mematuhi Akta Makanan 1983 pindaan 2020 yang mewajibkan pelabelan kandungan garam pada produk makanan dan minuman.
Beliau berkata langkah itu dapat membantu pengguna memahami tentang kandungan nutrisi sesuatu produk makanan atau minuman, dan secara tidak langsung menggalakkan orang ramai membeli makanan yang lebih sihat dan sesuai dengan keperluan.
Katanya berdasarkan tinjauan di pasar raya di Malaysia pada tahun 2017 hanya separuh daripada produk makanan didapati menunjukkan label kandungan garam pada maklumat pemakanan.
“Kementerian Kesihatan akan memberi tumpuan utama kepada pihak industri makanan dengan memberikan pendidikan dan kerjasama berterusan bagi memastikan mereka komited melakukan reformulasi produk makanan dan minuman agar kandungan garam dapat dikurangkan,” katanya dalam kenyataan sempena Sambutan Minggu Kesedaran Garam Sedunia yang disambut pada 14 hingga 20 Mac dengan tema ‘Tak Masin Tu Ok!’, hari ini.
Mengulas lanjut Dr Noor Hisham berkata pengambilan garam berlebihan meningkatkan tekanan darah dan seterusnya meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular, strok, kanser dan penyakit buah pinggang, yang merupakan punca utama kematian penyakit tidak berjangkit (NCD) di seluruh dunia.
Justeru Dr Noor Hisham mengingatkan orang ramai mengehadkan pengambilan garam, dengan secara keseluruhan tidak melebihi satu sudu teh sehari termasuk garam tersembunyi bagi mengurangkan risiko penyakit NCD.
Selain itu orang ramai juga katanya perlu mengenali sumber lain garam yang mungkin tersembunyi seperti Sodium Nitrate, Sodium Bicarbonate, Monosodium Glutamate dan memilih produk yang lebih rendah atau kurang garam pada label selain Pilihan Lebih Sihat (HCL) sebagai panduan.
“Masyarakat juga perlu utamakan perisa semula jadi dalam hidangan makanan seperti bawang putih, kunyit, halia, daun ketumbar dan limau nipis dan mengurangkan garam, sos dan penambah perasa seperti monosodium glutamate (MSG), pes sedia guna, kiub dan serbuk perasa dalam masakan.
“Pengambilan makanan diproses ultra juga perlu dihadkan, di samping perlu kerap makan di rumah, dan sekiranya makan di luar, pesan hidangan kurang garam sebagai norma baharu,” katanya.- BERNAMA
Letak Label Kandungan Garam Produk Makanan, Minuman – Dr. Noor Hisham
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- KEPUTUSAN RASMI: BN menang majoriti 2/3 dalam PRN Johor
- MCA rampas 4 kerusi, DAP akui mula hilang pengaruh
- PRN Johor: Keputusan PRN Johor Isyarat Rakyat Tidak Suka Dipermainkan – Mohamad Hasan
- ‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO]
- Kronologi kejadian tanah runtuh dari 2021 hingga kini
- Mangsa Terakhir Ditemui Maut, Insiden Tanah Runtuh Di Taman Bukit Permai 2 Ragut Empat Nyawa
- Tarikh semakan tawaran ke sekolah khusus 2021 ditetapkan 15 Mac ini
- PRN Johor: Cukup-cukuplah dikencing ‘Atuk’ selama 22 bulan
- Netizen Marahkan Tindakan Ibu Tangmo Nida Sanggup Maafkan Suspek Selepas Terima Pampasan
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Zeti dan keluarga terima dana 1MDB, Mahathir kata tidak tahu
- PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?
- ‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
- PPV Mega ditutup bermula 16 Mac – KP Kesihatan
- PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
- Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
- Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor
You must be logged in to post a comment.