Sultan Johor perkenan Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap, Onn Hafiz Ghazi dikatakan telah mendapat perkenan sebagai menteri besar Johor yang baru.

Menurut sumber dalaman Umno, bekas exco kerajaan negeri itu bakal mengangkat sumpah esok.

Umno dikatakan mengemukakan tiga nama iaitu penyandang, Hasni Mohammad, Mohd Puad Zarkashi dan Onn Hafiz sebagai calon menteri besar.

Bagaimanapun nama Onn Hafiz dikatakan telah mendapat perkenan istana.

Ia dikuatkan lagi dengan kenyataan Hasni lewat petang tadi yang mencadangkan pemimpin muda menerajui kerajaan negeri.

Onn Hafiz yang berusia 43 tahun merupakan anak saudara kepada Hishammuddin Hussein dan cicit kepada Onn Jaafar yang mengasaskan Umno.

Pada pilihan raya negeri (PRN) Johor Sabtu lalu, Onn menewaskan tiga pencabarnya di kerusi DUN Machap dengan majoriti 11,029 undi.

Terdahulu dalam satu kenyataan, Hasni yang juga pengerusi BN Johor mencadangkan pucuk pimpinan parti agar memilih orang muda untuk memimpin Johor, setelah melihat sokongan dan kedudukan orang muda yang penting dalam pembangunan negeri.

Hasni berkata langkah itu juga demi memastikan kemakmuran negeri berpanjangan.

Dalam kenyataan lewat petang ini, dia berkata kerajaan negeri di bawah pimpinannya telah berikhtiar sebaik mungkin untuk menjadikan Johor berdaya tahan dalam mendepani cabaran-cabaran pandemik Covid-19.

“Insya-Allah di bawah kepimpinan baru, negeri Johor akan menjadi lebih makmur dan sejahtera,” kata Hasni.

Petang tadi, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi turut dilaporkan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Johor Bahru dalam pertemuan hampir sejam.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker