Budak lelaki berani kejar perompak bermotosikal

GAMBAR menunjukkan situasi di sebuah lorong di mana seorang budak lelaki mengejar dua perompak yang menunggang motosikal setelah mengambil telefonnya. – Instagram

JAKARTA – Seorang kanak-kanak lelaki menjadi tular di media sosial Indonesia kerana berjaya mengejar dua orang perompak, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dimuat naik pada akaun Instagram bernama @makassar_iinfo itu dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV).

Rakaman menunjukkan situasi di sebuah lorong pada waktu petang yang lengang. Kelihatan dua perompak sedang membonceng motosikal melalui lorong berkenaan dengan seorang budak lelaki mengejar mereka di belakang.

Selepas melalui satu simpang, budak lelaki itu sempat menarik beg yang digalas oleh salah seorang daripada perompak berkenaan.



Walaupun sudah berjaya merampas beg itu, dia tetap terus mengejar dua lelaki berkenaan.

Menurut maklumat, dua perompak itu telah merompak telefon bimbit milik kanak-kanak berkenaan.

Muat naik video tersebut menjadi tular dan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kacak dan berani,’’ komen seorang netizen.



“Ini budak bukan sebarang budak,’’ tulis netizen lain. – Agensi

Budak lelaki berani kejar perompak bermotosikal

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]



Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin



Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker