Polis Buka Siasatan Kes Bunuh Kucing

Polis Buka Siasatan Kes Bunuh Kucing

Polis membuka kertas siasatan susulan penemuan kira-kira 20 kucing jalanan yang mati bergelimpangan dipercayai akibat perbuatan khianat di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang di Besut, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Mohammad berkata, pihaknya menerima aduan berhubung perkara itu daripada seorang individu yang sudah menerima video melalui WhatsApp mengenai kejadian kematian kucing terbabit di kawasan sekitar pantai itu, kira-kira 10 pagi semalam.



Katanya, siasatan awal mendapati bangkai kucing-kucing berkenaan ditemukan oleh seorang lelaki yang pada mulanya terlihat beberapa ekor kucing mati bergelimpangan di atas tanah di sekitar pantai itu pada 8.30 pagi, Ahad.

“Sebanyak 15 kucing mati, manakala dua ekor kucing masih hidup namun dalam keadaan kesakitan. Dua ekor kucing mati berdekatan persisiran pantai, manakala 13 ekor kucing lagi mati di atas tanah berdekatan pokok-pokok.

“Terdapat kesan lebam biru pada perut kucing, darah pada mulut dan hidung serta ada yang terburai perut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Abdul Rosak, kesemua bangkai kucing berkenaan kemudiannya ditanam oleh lelaki terbabit.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan (Khianat ke atas Binatang) yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.



Sementara itu katanya, pihak Penguatkuasaan dan Teknikal dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Besut dan Kuala Terengganu hadir ke tempat kejadian dan mengeluarkan semula kucing yang ditanam itu untuk mengambil sampel bagi tujuan analisis.

Semalam, video penemuan bangkai kucing itu yang dikongsi oleh kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Badrul Hafeezy Ali, 35, menjadi tular di laman Facebook dan mendapat pelbagai reaksi netizen yang meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan kejadian itu.-HM

Polis Buka Siasatan Kes Bunuh Kucing

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]



Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker