‘Parking’ Bas Ok, Tapi Jangan Buang Masa – TMJ

‘Parking’ Bas Ok, Tapi Jangan Buang Masa – TMJ

Lakonan pemain Penang FC yang melambat-lambatkan permainan ketika aksi Liga Super antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad Harimau Kumbang itu turut mendapat perhatian pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Jelasnya, gaya permainan anak buah Tomas Trucha yang menggunakan kaedah ‘parking bas’ dianggap biasa dalam bola sepak namun sikap melengah-lengahkan aksi begitupun tidak disenangi Tunku Ismail.



Katanya di laman sosial, statistik perlawanan menunjukkan bahawa skuad kendalian Benjamin Mora hanya bermain selama 46 minit daripada 90 minit aksi sebenar, dengan baki 44 minit lagi buang begitu saja.

Malah, beliau turut mengecam tindakan segelintir penjaga gol dalam saingan Liga Malaysia yang akan terbaring selama tiga minit setiap kali menangkap atau menghalang percubaan penyerang lawan.

“Parking bas ok. Tetapi ‘time wasting’ teruk. Bayangkan statistik menunjukkan kami hanya bermain selama 46 minit sahaja. Yang lain setiap sepuluh atau tujuh minit jatuh.

Tunku Ismail turut mendedahkan taktikal bertahan itu sememangnya diarahkan Trucha selepas ia diakui pemain Penang FC sendiri.

“Apabila jurulatih kami bertanya kepada pemain import Penang, mereka cakap itu semua arahan jurulatih (Trucha).



Mulai dari minit kelima hingga habis perlawanan. Kesian penyokong yang hadir untuk menyaksikan perlawanan bola sepak,” katanya.

Dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim itu, taktikal bertahan oleh pemain Penang FC membuahkan hasil apabila skuad Harimau Selatan dipaksa bekerja keras sepanjang aksi.

Namun tuah nyata memihak tuan rumah apabila berjaya melakar kemenangan hasil jaringan tunggal Bergson da Silva pada minit ke-70 untuk menghadiahkan juara lapan kali berturut-turut Liga Super itu tiga mata.

Lakonan pemain skuad Harimau Kumbang nyata menjadi dan ia termasuk tindakan tonggak pertahanan tengah, Rafael Vitor pada minit ke-34 apabila sengaja menjatuhkan badannya ketika penyerang import JDT, Moussa Sidibe jelas langsung tidak menyentuhnya.



Tindakannya itu ‘kantoi’ selepas ulang tayang di televisyen menunjukkan jelas tiada sebarang sentuhan sekali gus mengundang kecaman penyokong di laman sosial yang menganggap Vitor tiada semangat kesukanan.-HM

‘Parking’ Bas Ok, Tapi Jangan Buang Masa – TMJ

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah



Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker