Sabah adalah milik Malaysia

PADA 28 Februari 2022 Mahkamah Timbang Tara Paris, Perancis telah memutuskan bahawa kerajaan Malaysia harus membayar AS$14.2 billion (RM62.6 billion) kepada pewaris terakhir Sultan Sulu kerana dikatakan telah melanggar syarat Perjanjian 1878. Anugerah pampasan dibuat oleh penimbang tara Sepanyol Dr. Gonzalo Stampa.

Proses timbang tara bermula di Madrid, Sepanyol kemudian telah berpindah ke Paris, Perancis kerana pembatalan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Sepanyol.

Pewaris Sultan Sulu membuat tuntutan berdasarkan kepada dokumen bertarikh 22 Januari 1878 dimana Sultan Sulu ketika itu Sultan Muhammad Jamaluladzam telah memajak wilayah yang dikuasainya di Borneo kepada Gustavus Baron de Overbeck dan Alfred Dent wakil Syarikat British dan dibayar lima ribu dolar tahunan sebagai hasil pajakan.



Pihak Sulu kemukakan hujahan ‘pajakan’ semasa membuat tuntutan terhadap Sabah. Manakala, kerajaan Malaysia pula menghujahkan bahawa ia cession atau serahan dan bukan pajakan wilayah kepada Syarikat British.

PRINSIP EFEKTIFVITI

Oleh demikian, artikel ini memperjelaskan bahawa tuntutan ini harus ditolak atas fakta sejarah dan prinsip efektifviti. Pertama, semasa Perjanjian 1878 ditandatangani Kesultanan Sulu sedang menghadapi serangan penjajah Sepanyol yang telah lama mahu menakluk dan menjajah wilayah Kesultanan Sulu. Akhirnya Kesultanan Sulu telah tewas kepada kuasa Sepanyol dan pada 22 Julai 1878 Sultan Sulu telah menandatangani ‘Bases of Peace and Capitulation’ untuk menyerah seluruh wilayahnya termasuk di Borneo ke Sepanyol yang menjajah Filipina ketika itu. Ini bererti Kesultanan Sulu sudah kehilangan hak memerintah sebagai kerajaan yang bebas dibawah Sepanyol.

Kedua, pada 1885, kerajaan Sepanyol telah menandatangani Madrid Protocol 1885 dengan British dan Jerman supaya mereka mengiktiraf pendudukan Sepanyol pada kepulauan Sulu dan sebagai balasan Sepanyol telah melepaskan segala tuntutan kekuasaannya ke Sabah dan tidak akan campurtangan dalam urusan pentabiran Syarikat British. Seterusnya pada 1898 Sepanyol telah menyerah tanah jajahan di Filipina kepada Amerika Syarikat (AS) melalui Perjanjian Paris 1898 yang mengakhiri Perang Amerika-Sepanyol.



AS telah terus memerintah Filipina sehingga ia mencapai kemerdekaan pada 1946. Perlu ditegaskan semasa pentabiran AS di Filipina, AS telah menggariskan sempadan serta batasan kekuasaan AS Filipina dan Sabah tidak dimasukan. Republik Filipina telah mencapai kemerdekaan pada 1946 dan mewarisi Filipina daripada bekas penjajahnya AS. Oleh demikian, bagaimana kerajaan Filipina mahupun pewaris Sultan Sulu boleh menuntut Sabah sedangkan pendahulunya AS serta Sepanyol telah menolak tuntutan ke atas Sabah? Lagipun, tuntutan itu hanya dibuat 16 tahun selepas kemerdekaan Filipina semasa usaha pembentukan Malaysia dan bukannya lebih awal?

Ketiga adalah Kesultanan Sulu telah kehilangan kedaultan pada 1915 apabila Sultan Jamalul Kiram II telah menyerahkan kuasa politiknya dan wilayahnya kepada Gabenor Jeneral AS melalui Carpenter Agreement 1915. Ini bererti Kesultanan Sulu bukan lagi sebuah entiti berdaulat sama seperti princely states di India dan Kesultanan Riau-Lingga serta Kesultanan Siak yang telah menjadi sebahagian daripada Republik Indonesia.

Keempat dan terpenting adalah Prinsip Efektifviti dimana sesuatu kuasa politik mampu membuktikan bahawa ia telah mentabir kawasan tersebut secara terusan untuk jangkamasa yang panjang. Selain itu, Prinsip Efektifviti juga menegaskan bahawa pemilik asal gagal untuk memerintah atau mentabir kawasan untuk jangkamasa panjang maka ia kehilangan hak terhadap kawasan tersebut.

120 TAHUN



Dari segi sejarah amat jelas sekali Sabah sudah pun tidak berada dibawah pemerintahan Kesultanan Sulu selama 144 tahun (1878-kini) bermula dengan pentabiran Syarikat British-pemerintahan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua-Koloni British-menyertai Persekutuan Malaysia pada 1963 sehingga kini.

Ini bererti pemerintahan dan pentabiran Sabah sudah bukan lagi berada Kesultanan Sulu tanpa putus lebih 120 tahun malah kini Sabah terus dibangunkan dibawah Persekutuan Malaysia. Prinsip Efektifviti telah menjadi panduan utama bagi Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau International Court of Justice (ICJ) semasa membuat pengadilan bagi kes Batu Puteh serta Pulau Sipadan dan Ligitan. Oleh demikian, berdasarkan Prinsip Efektiviti Sabah adalah milik Malaysia dan bukan Sulu.

Kerajaan Malaysia telah menghenti pembayaran ‘wang pajakan’ semenjak 2013 apabila berlakunya pencerbohan di Lahad Datu. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri tidak harus melayan tuntutan pampasan dan pembayaran ‘wang pajakan tahunan’ pada masa depan kerana ini akan memberi implikasi kononnya Malaysia masih memajak kawasan timur Sabah daripada Sulu sedangkan realiti Sabah adalah milik Malaysia berdasarkan Prinsip Efektifviti serta fakta sejarah dimana pendahulu kepada kerajaan Filipina seperti AS dan Sepanyol tidak membuat tuntutan sedemikian.

* Dr Roy Anthony Rogers ialah Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mahathir: Najib Bogel Bogel Bogel

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker