Mahathir: Najib Bogel Bogel Bogel

Oleh Nurul Aishah

SUNGGUH memalukan kempen Tun Dr Mahathir Mohamad yang dicemari perkataan berbaur lucah di Felda Ayer Hitam. Program Aspirasi Johor bersama Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut bertempat di PDM Felda Air Hitam, Dun Machap (N26).

Beliau memulakan kempennya di Johor dengan menyasarkan Datuk Seri Najib Razak yang sangat popular dengan gelaran bossku.

“Saya fikir kalau Najib berbogel di khalayak ramai pun, ehhh kenapa pemimpin kami bogel? Apa nak malu? Itulah Najib… dia bawak apanama…dakwaan kononnya dia tak malu.” – Mahathir



Mahathir dilihat bimbang dengan kedudukan Parti Pejuang yang baru beliau tubuhkan bersama anak beliau, Mukhriz Mahathir. Parti tersebut dilihat semakin tidak relevan.

Oleh itu, apabila doktor mengingatkan beliau berkenaan risiko kesihatan ekoran wabak Covid-19 namun Mahathir tetap turun berkempen dalam PRN Johor.

Kita boleh lihat dengan jelas yang Mahathir masih berada dalam keadaan yang tidak sihat. Beliau dilihat tidak berapa mampu pun untuk memegang mikrofon sehingga menyebabkan suara tenggelam timbul.

Sebelum ini,DS Najib membuat beberapa kunjungan berprofil tinggi di mana beliau kelihatan menerima sambutan yang sangat baik sekaligus meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang kekal popular.



Program Mahathir dilihat majoriti yang hadir adalah wartawan dan AJK Pejuang di kawasan tersebut sahaja. Boleh dikatakan hampir tiada penduduk di Felda Ayer Hitam yang hadir.

Malah para wartawan menghadapi masalah untuk meletakkan kenderaan memandangkan penduduk Felda tersebut tidak mengalu-alukan program yang dianjurkan oleh parti Pejuang di tempat tersebut.

Semalam, Najib di Dewan Rakyat mendakwa tiada satu sen pun dana awam digunakan untuk membayar hutang 1MDb kerana ia dibayar menerusi usaha mendapatkan semula dana syarikat itu.

Ini termasuk penyelesaian yang dicapai dengan Goldman sachs, atas peranannya dalam penyelewengan hasil bon 1MDB selain beberapa lagi institusi perbankan dan perakaunan.



Sebagaimana yang kita tahu, sebeluam ini Mahathir menulis beberapa pucuk surat terbuka namun ianya tidak mendapat sambutan. Mungkin ini salah satu sebab Mahathir terpaksa turun berkempen walaupun tidak sihat.

Menurut Mukhriz, Bapanya itu bertegas untuk menyertai kempen di Johor kerana tidak ingin lagi sekadar menulis kenyataan dan surat terbuka.

“Kita harap kehadirannya di Machap akan beri impak besar di Johor,” katanya lagi.

Rakyat Johor akan membuat pilihan mereka pada 12 Mac ini.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker