Agong rasmi sidang parlimen hari ini
Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14 bakal membuka tirainya hari ini dengan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dewan Rakyat.
Dewan Rakyat yang kembali bersidang selepas melabuhkan tirai pada 20 Dis lepas merupakan sidang kedua di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sidang Dewan Rakyat hari ini akan tertumpu kepada Titah Diraja Al-Sultan Abdullah dan berdasarkan takwim mesyuarat Dewan Rakyat, persidangan kali ini akan berlangsung selama 16 hari sehingga 24 Mac.
Sementara itu, Mesyuarat Dewan Negara yang dirasmikan serentak dengan Dewan Rakyat hari ini akan berlangsung selama sembilan hari bermula 21 Mac.
Bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di bangunan Parlimen, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun sebelum ini memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi persidangan Parlimen kekal seperti sebelum ini.
Antaranya, Ahli Parlimen dan petugas perlu menjalani ujian saringan tindak balas rantai polimerase masa nyata (RT-PCR) tiga hari sebelum persidangan berlangsung serta penghadang lut sinar terus dipasang di tempat Ahli Parlimen sebagai langkah menetapkan penjarakan fizikal.
Selain itu, Azhar pada Sabtu (26 Feb) memaklumkan 146 kes positif dikesan hasil ujian saringan RT-PCR yang dijalankan dua hari bermula Khamis (24 Feb) di bangunan Parlimen melibatkan 1,474 individu terdiri daripada Ahli Parlimen, petugas dan wakil media.
– Bernama
Baca Artikel Menarik:
- PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis
- Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]
Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin