Rusia didakwa telah beri arahan untuk serang Ukraine

WASHINGTON – Rangkaian media di Amerika Syarikat (AS) meneruskan propaganda perang pada Ahad selepas mendakwa tentera Rusia telah diarahkan untuk mara bagi melancarkan serangan berskala penuh ke atas Ukraine berdasarkan maklumat risikan yang diperoleh pada minggu lalu.

Perkembangan konflik itu turut dilaporkan Washington Post, CBS, New York Times dan CNN, namun tidak disahkan Rumah Putih, Pentagon dan Jabatan Negara AS setelah mendakwa ia adalah maklumat risikan sama yang diberikan kepada Presiden Joe Biden yang memberi amaran baharu tentang potensi pencerobohan ke atas Kiev pada Jumaat lalu.

“Isyarat lain yang mungkin menunjukkan pencerobohan Moscow akan berlaku belum lagi dapat dilihat.

Arahan itu masih boleh ditarik balik atau ia mungkin maklumat yang sengaja mahu mengelirukan Barat,” lapor CNN merujuk kepada laporan pegawai Washington yang mendakwa tentera Rusia sudah berada pada kedudukan serangan kira-kira 40 hingga 50 peratus.

Dalam perkembangan berkaitan, imej satelit dikeluarkan Maxar Technologies menunjukkan penempatan baharu tentera Rusia bersama peralatan ketenteraan berhampiran sempadan Ukraine.

“Sebahagian besar unit tempur bersama peralatan sokongan bergerak dari lokasi penempatan asal ke beberapa lokasi baharu di hutan dan kawasan lapang yang terletak kira-kira 14 hingga 30 kilometer dari sempadan Kiev,” jelas firma berpusat di AS tersebut.

Sejak beberapa minggu lalu, Kremlin dikatakan telah mengerahkan lebih 150,000 anggota tentera berhampiran sempadan Ukraine sekali gus meningkatkan kebimbangan tentang potensi kempen pencerobohan ke atas Kiev yang mungkin dilancarkan dalam masa terdekat.

Menerusi maklumat terkini, AS juga memberi amaran kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kononnya mereka mempunyai maklumat tentang senarai rakyat Ukraine yang akan dibunuh atau dihantar ke kem jika operasi ketenteraan itu dilancarkan.

“Washington mempunyai maklumat yang boleh dipercayai tentang senarai tersebut.

“Rusia juga berkemungkinan akan menggunakan tindakan kekerasan yang boleh membawa maut ke atas penunjuk perasaan yang terlibat demonstrasi secara aman dan kumpulan penentang mereka,” jelas kandungan surat itu yang dihantar kepada Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet. – AFP

Rusia didakwa telah beri arahan untuk serang Ukraine


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

https://mykmu.net/2022/02/20/ogy-belasah-nazief-viral-sehingga-ke-rusia-video/​

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker