Teo Chee Kong dikompaun RM30 juta

Teo Chee Kong dikompaun RM30 juta

Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini, melepas tanpa membebaskan bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Teo Chee Kong, 56, atas 146 pertuduhan pengubahan wang haram lebih RM32 juta.

Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Mahadi Abdul Jumaat memaklumkan bahawa pihaknya dan Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak meneruskan semua pertuduhan terhadap Teo.

Mahadi berkata, ini berikutan tertuduh telah menghantar representasi berhubung pertuduhan itu kepada Jabatan Peguam Negara dan SPRM.



Pada 13 Dis 2017, Teo mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu. Dia didakwa melakukan pengubahan wang haram melalui penerimaan wang rasuah melibatkan projek Jabatan Air Negeri Sabah sejak 2010 hingga 2016.

Pada peringkat perbicaraan kes, pihak pendakwaan memanggil lima saksinya untuk memberi keterangan.

Sementara itu dalam sidang media selepas prosiding itu, Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM Faridz Gohim Abdullah berkata, kompaun sebanyak RM30 juta dikenakan terhadap tertuduh.

Faridz Gohim berkata, tindakan SPRM mengenakan kompaun itu adalah satu bentuk pemulangan aset mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAM) 2001.



Beliau berkata, kompaun itu merupakan hukuman atau tindakan punitif terhadap tertuduh dan secara tidak langsung sebagai pengakuan salah.

“Dengan jumlah ini ia merupakan satu kejayaan kepada pihak pendakwaan dan sekiranya tertuduh tidak membayar kompaun, dia akan didakwa penuh di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, keputusan ke atas Teo itu tidak menjejaskan kes tiga individu lain (termasuk Awang Mohd Tahir Mohd Talib) yang turut menghadapi pertuduhan berkaitan.

Pada 4 Okt 2016, Teo bersama bekas pengarah jabatan itu, Awang Mohd Tahir Mohd Talib ditahan SPRM dan selepas menggeledah pejabat dan kediaman kedua-dua suspek, SPRM menemui wang tunai sebanyak RM52 juta, iaitu RM7 juta daripada Teo manakala RM45 juta daripada Awang Mohd Tahir.



Turut ditemui adalah barangan kemas, wang tunai dalam beberapa akaun di luar negara serta geran tanah yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM180 juta termasuk wang tunai. FMT

Teo Chee Kong dikompaun RM30 juta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker