Biar mahkamah tentukan penukaran agama 3 anak Loh – Wan Junaidi

Biar mahkamah tentukan penukaran agama 3 anak Loh – Wan Junaidi

Sistem mahkamah adalah jalan terbaik bagi ibu tunggal, Loh Siew Hong, dalam mencari penyelesaian terhadap penukaran agama tiga anaknya secara unilateral kepada Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini.

Semalam, Mufti Perlis Asri Zainul Abidin, mengesahkan bahawa jabatan Islam negeri berkenaan sudah mendaftarkan tiga anak Loh sebagai Muslim tiga tahun lalu berdasarkan hasrat bapa mereka, yang mana tindakan itu mendapat kecaman daripada kumpulan kebebasan awam termasuk badan agama lain.

“Setahu saya, penimbang tara terakhir adalah mahkamah,” kata Wan Junaidi.

“Rakyat boleh pergi ke mahkamah dan memohon perintah mahkamah…(mahkamah akan) dengar hujah dibawa Mufti Perlis atau pihak lain.

“Itu sahaja jalan keluar. Ini kerana Malaysia proses demokrasi di Malaysia… timbang tara di mahkamah (sistem)

Wan Junaidi berkata demikian sebagai mengulas langkah kerajaan persekutuan dalam memastikan negeri secara konsisten mematuhi keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan pada 2018, berhubung penukaran agama perlu mendapat persetujuan ibu dan bapa secara mandatori jika membabitkan kanak-kanak bawah umur. FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL

Biar mahkamah tentukan penukaran agama 3 anak Loh – Wan Junaidi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker