Pelawak Transgender Dorce Gamalama Meninggal Dunia Akibat Covid-19 Dikebumikan Sebagai Lelaki

Pelawak Transgender Dorce Gamalama Meninggal Dunia Akibat Covid-19 Dikebumikan Sebagai Lelaki

SELEBRITI dan pelawak transgender Indonesia, Dorce Gamalama meninggal dunia pada usia 58 tahun akibat Covid-19.

Berita duka itu disahkan rakannya, Hetty Soendjaya yang memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7 pagi Rabu selepas beberapa hari melawan Covid-19.

“Mohon doa dan maaf atas kesalahan beliau,” ujarnya seperti dipetik Detik Hot.

Sementara itu, biarpun pernah membuat wasiat mahu dikebumikan secara perempuan, namun ahli keluarganya, Mimi memaklumkan Allahyarham akan uruskan mengikut syariat Islam.

Dorce mengalami pelbagai penyakit sejak dua tahun lalu.

Malah, ustaz yang menguruskan jenazah juga memberitahu hal yang sama iaitu dikebumikan sebagai seorang lelaki.

“Tentang proses pemakaman Dorce, rencananya akan disolatkan dulu di masjid wakaf Bunda Dorce, Al Hayyu.

“Dolce memang mahu dikebumi sebagai perempuan, tapi menurut ustaz Anan itu hanya keinginan, tetap akan dikebumikan sebagai lelaki,” ujarnya seperti dipetik Liputan6.

Dorce yang juga seorang penyanyi itu diketahui menghidap penyakit diabetes dan batu karang pada 2019.

Allahyarham mengalami masalah kesihatan yang teruk dan sering keluar masuk hospital sejak 2020.

Arwah juga pernah membuat video meminta bantuan pihak berkuasa untuk membiayai kos rawatan perubatannya.

Allahyarham lahir dengan nama Dedi Yuliardi Ashadi pada 21 Julai 1963. Beliau merupakan seorang pelawak yang pada awalnya sering membawa watak perempuan.

Jenazah Dorce disolatkan di Masjid Al Hayyu, Lubang Buaya, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Umum, Bantarjati, Jakarta Timur.

Sebagai peringatan, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada April 1982 memutuskan bahawa seseorang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki manakala seseorang dilahirkan perempuan, hukumnya tetap perempuan walaupun (lelaki atau perempuan itu) berjaya menukarkan jantinanya melalui pembedahan.

Pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan ataupun sebaliknya, melalui pembedahan adalah haram dari segi syarak.

Pelawak Transgender Dorce Gamalama Meninggal Dunia Akibat Covid-19 Dikebumikan Sebagai Lelaki

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker