Wanita Disyaki Lalok Gam Jahanamkan Hampir 10 kereta…Sebelum Dikepung Orang Ramai [VIDEO]

Wanita Disyaki Lalok Gam Jahanamkan Hampir 10 kereta…Sebelum Dikepung Orang Ramai [VIDEO]

CUBAAN melarikan sebuah kereta oleh seorang wanita yang dipercayai penghisap gam tidak berjaya.

Rakaman yang menjadi tular menunjukkan wanita ini memandu kenderaan jenis Honda City berwarna putih telah melanggar kereta yang menghalang lalunya berlaku pada jam 2.30 petang, Khamis.

Wanita terbabit berjaya memandu kenderaan tersebut sehingga di hadapan Kolej Vokasional Setapak Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur dalam cubaan untuk membolos daripada orang awam yang cuba mengejarnya.



Difahamkan, video berdurasi 1 minit 31 saat tersebut dikongsikan melalui ciapan @ptryhmzh di platform Twitter yang juga salah seorang mangsa rempuhan kereta jenis sedan tersebut.

Melalui ciapan tersebut, insiden yang diceritakan melalui bebenang di Twitter menjelaskan bahawa kenderaan tersebut dicuri oleh wanita terbabit dalam kejadian di sebuah stesen minyak

“Dia dah mula langgar kereta dekat traffic light Wangsa Maju lagi.



“Kereta belakang dah hon, inkling perempuan bawa Honda putih gila ni tengah mencelah.

“Tengah duduk diam dekat traffic light tiba-tiba dia datang langgar,” jelasnya lagi melalui ciapan.

Seorang lelaki yang juga menjadi mangsa keretanya dilanggar, keluar daripada kereta dan membaling batu ke arah cermin tingkap pemandu terbabit sehingga pecah.



Disebabkan suspek masih tidak mahu beri kerjasama, mangsa menariknya keluar dengan paksaan melalui tingkap kereta.

Setelah keluar kereta, suspek cuba untuk melarikan diri namun berjaya dikepung oleh orang ramai.

Satu lagi rakaman menunjukkan suspek dalam keadaan mengiring dan berpeluk tubuh seperti cuba menghalang daripada dipukul.

VIDEO DIBAWAH:-

Jelas ciapan berkenaan video kedua tersebut, suspek dikatakan dilempang dan ditendang oleh pemilik kereta yang dicuri sehingga berdarah hidung.



“Dia gigit orang yang pegang dia.

“Kena lempang siap kena tendang dengan owner kereta. Berdarah hidung,” jelasnya lagi.

Banyak kereta terlibat akibat kemalangan dilanggar dan dirempuh suspek hampir 10 buah kereta termasuklah kereta jenis Mercedes yang paling teruk diceritakan melalui ciapannya.

Pengadu tiba di tempat kejadian melihat suspek telah di tahan oleh orang awam di lampu isyarat berhadapan Setapak Central dan kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.



Semakan mStar mendapati rata-rata netizen mengecam wanita ini kerana telah menyusahkan banyak pihak dan kesesakan lalu lintas di tengah bandar.

Satu ciapan membalas pada akaun asal Twitter ini turut menunjukkan rakaman suspek merupakan seorang penghisap gam namun siasatan oleh polis masih dibuat dan ujian saringan air kencing juga masih belum diperolehi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Ashari Abu Samah berkata, ketika kejadian, pemilik kenderaan terbabit sedang mengangkat barang keperluan untuk anak mereka yang belajar di Kolej Vokasional Setapak.

“Suspek dikatakan mengambil peluang mencuri kereta tersebut kerana enjin kereta mangsa tidak dimatikan ketika kejadian itu.



“Hasil semakan dapati suspek berumur 38 tahun dan mempunyai 14 rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan, Khamis malam

Katanya, suspek yang diserahkan orang awam akan disiasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan video kejadian itu kerana ia boleh menimbulkan kegusaran awam.

Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115999 atau mana-mana balai polis berhampiran.-mSTAR

Wanita Disyaki Lalok Gam Jahanamkan Hampir 10 kereta…Sebelum Dikepung Orang Ramai [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker