ECRL terima mesin pengorek terowong pertama

ECRL terima mesin pengorek terowong pertama

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menerima ketibaan mesin pengorek terowong (TBM) pertama seperti yang dijadualkan selepas menjalani ujian kilang yang menyeluruh di China.

Mesin itu direka khas untuk kegunaan dalam keadaan batuan keras serta dilengkapi dengan empat silinder tork.



Setiap kepala TBM mempunyai berat 900 tan dengan panjang 25 meter dan diameter 8.98 meter.

Dengan gantri sokongan yang menempatkan bilik kawalan dan pencawang, mempunyai berat 1,600 tan dan berukuran 266 meter panjang, menjadikannya antara TBM yang terbesar untuk kerja mengorek terowong laluan rel di Malaysia.

Dihasilkan oleh CCCC Tianhe Machinery and Equipment Manufacturing Co Ltd dari Shanghai, China, TBM melalui ujian audit kilang yang ekstensif, sebelum diceraikan kepada 286 pakej dan memulakan penghantaran dengan kapal pada 25 Jun lalu dari Pelabuhan Shanghai dan tiba di Pelabuhan Klang pada Ahad lalu.

Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, projek ECRL memasuki fasa baharu dengan penghantaran TBM bagi memulakan kerja pengorekan terowong berkembar Genting sepanjang 16.39 kilometer antara Bentong dan Gombak.



Katanya, ia selari dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 2 September tahun lalu yang bersetuju meluluskan jajaran Seksyen C kembali ke jajaran asal iaitu Temerloh – Gombak – Serendah – Pelabuhan Klang.

“Projek ECRL menghargai serta bersyukur atas penghantaran TBM canggih buatan negara China ini yang siap dikilangkan serta dihantar oleh CCCC berdasarkan jadual yang ditetapkan.

“Kami optimis bahawa mesin yang berteknologi tinggi ini dapat menghadapi cabaran dari segi kejuruteraan dan keadaan geologi semasa kerja pengorekan melintasi Banjaran Titiwangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, penting untuk memulakan kerja pengorekan bagi Terowong Genting secepat mungkin memandangkan ia komponen utama bagi projek ECRL yang akan melengkapkan jambatan darat bagi pengangkutan kargo dari Pelabuhan Kuantan ke Pelabuhan Klang serta dapat terus menghubungkan penumpang dari negeri Pantai Timur ke Gombak.



Dengan kapasiti penggalian maksimum 700 meter sebulan, TBM akan menjalankan tiga tugas utama bawah tanah, menggali terowong, mengangkut sisa galian ke permukaan, dan memasang panel konkrit sebagai dinding terowong.

TBM dijangka memakan masa selama tiga tahun untuk melengkapkan penembusan Terowong Genting.

ECRL terima mesin pengorek terowong pertama


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Siapa Sangka Pereka Fesyen Popular Ini Kekal Awet Muda Pada Usia 72 Tahun

Istana Pasir Tertinggi Di Dunia Di Denmark [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker