Remaja dipenjara 100 tahun bunuh dua adik tiri
INDIANAPOLIS, Indiana – Seorang remaja di Amerika Syarikat dijatuhi hukuman penjara 100 tahun kerana membunuh dua adik tirinya yang masing-masing berusia 11 bulan dan 23 bulan, lapor laman berita RT kelmarin.
Nickalas Kedrowitz melakukan pembunuhan itu ketika berusia 13 tahun pada 2017 dengan menekap muka kedua-dua mangsa sehingga lemas.
Meskipun peguam bela Kedrowitz cuba mencabar keputusan tersebut dengan mengatakan bahawa anak guamnya menghidap sakit mental yang tidak dirawat, namun hujah beliau telah ditolak.
Ini kerana Kedrowitz melakukan jenayah itu dalam sela masa berbeza iaitu pada Mei 2017 terhadap Desiree McCartney iaitu adik perempuan tirinya dan Julai tahun sama terhadap adik lelaki tirinya, Nathaniel Ritz.
Kedrowitz ditahan pada Ogos 2017 dan didakwa memberitahu pembunuhan tersebut adalah bagi melepaskan adik-adiknya daripada neraka.
Apabila ditanya apakah maksud neraka baginya, remaja itu menjawab melakukan kerja-kerja rumah.
Bapa saudara Kedrowitz memberitahu polis bahawa pada hari dia membunuh Ritz, bapa tirinya membelasah remaja itu sehingga hidungnya berdarah.
Bapa kandung remaja itu kini berada di penjara atas tuduhan yang tidak berkaitan, manakala ibunya bekerjasama dengan polis berhubung kematian dua anaknya. – Agensi
Remaja dipenjara 100 tahun bunuh dua adik tiri
Baca Artikel Menarik:
- “Saya dengar ‘mati mati mati’ dari mesin”
- Khairy saman Abu Syafiq, Lokman Adam
- Segalanya Ada Di Negeri Melaka Untuk Percutian Terbaik, Jom Kesana….
- 12 pelarian mati beku di sempadan Turki-Greece
- Moratorium dah tamat, ramai pemandu belum perbaharui lesen
- Pemimpin Pas Keliru Dan Bercelaru – Isham Jalil
- Pemuda UMNO gesa Zafrul tarik balik penguatkuasaan caj RM1 melalui ATM MEPS
- Jika mahu royalti minyak, tewaskan PAS pada PRU15 – Zaid
- PAS-Umno-Bersatu: Siapa tikam siapa?
- Zuraida macam tidak wujud dalam Bersatu
- Rider tercampak dilanggar lari (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET