Tak dapat ambil baju, dipecahkannya pula mesin basuh

Tak dapat ambil baju, dipecahkannya pula mesin basuh

Baling: Seorang lelaki diberkas polis selepas memecahkan mesin basuh di sebuah kedai dobi di Jalan Putra, Taman Tanjung Puteri, Kuala Ketil, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, lelaki berusia 38 tahun terbabit merosakkan mesin basuh berkenaan menggunakan sebatang besi selepas tidak dapat membuka pintu mesin basuh itu untuk mengambil pakaiannya.



Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shamsudin Mamat, berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.25 malam.

Beliau berkata, sekitar 11.30 malam, anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Baling dibantu anggota Balai Polis Kuala Ketil membuat serbuan di belakang sebuah bangunan di pekan Kuala Ketil dan menangkap suspek.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku merosakkan mesin basuh di kedai berkenaan selepas tidak dapat membuka pintu mesin basuh itu untuk mengambil baju miliknya.

“Suspek juga didapati positif dadah methaphetamine selepas ujian air kencing dijalankan, selain mempunyai enam rekod kesalahan lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya, suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat. HM

Tak dapat ambil baju, dipecahkannya pula mesin basuh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah



‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker