Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

“Dadah adalah benda yang paling saya benci,”.

Demikian kata pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro ketika diminta mengulas mengenai dakwaan satu akaun Twitter, mengenai dirinya yang dikatakan pernah ditamatkan kerja sebagai pegawai imigresen di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana terbabit dengan dadah.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi ketika dihubungi berkata, dakwaan itu dianggap sebagai keterlaluan kerana membabitkan reputasi nama baiknya dan juga jabatan kerajaan.

“Mengenai ciapan di Twitter itu, selepas melakukan perbincangan, saya membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan perkara sama tidak lagi berulang.

“Dari apa yang saya nampak, akan ada beberapa serangan lagi yang bakal berlaku rentetan daripada ciapan ini dan saya memang dah bersedia,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, setiap individu terbuka untuk menegakkan fahaman politik masing-masing dengan cara yang betul.

“Saya tak kisah kalau ada individu yang ingin menegakkan fahaman politik masing-masing, namun, ini adalah serangan peribadi membabitkan nama baik saya dan juga agensi kerajaan,” katanya.

Ditanya mengenai penamatan perkhidmatannya sebagai pegawai imigresen, Shahrol berkata, dia berhenti mengikut prosedur yang sepatutnya dan bukan kerana terbabit dengan dadah.

“Mana ada istilah kalau kena tangkap, akan ada pihak yang cuba ‘menutup’ kesalahan itu. Sebagai penjawat awam, sekiranya seseorang itu ditangkap, rekod akan ada.

“Saya terus terang, sewaktu berkhidmat dulu, saya bersih daripada sebarang rekod buruk dan saya berhenti pun kerana mendapat tawaran dalam dunia seni.

“Selepas saya berhenti dan menjadi anak seni pun, saya masih dijemput oleh beberapa pihak contohnya Jabatan Penjara Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk memberikan perkongsian,” katanya.

Semalam, Shahrol bersama sahabat-sahabatnya meraikan ulang tahun ke-15 pasukan yang bersama dengannya ketika di jabatan itu dan mereka juga tertanya-tanya apa yang berlaku.

“Kawan-kawan saya pun ketawa dan masing-masing tertanya-tanya, apa yang berlaku. Apa yang boleh saya katakan, tindakan individu itu menulis ciapan memang keterlaluan.

“Saya risau kalau ada tangan-tangan ghaib yang membayar individu ini untuk melakukan perkara sebegitu kerana ia sangat tidak betul,” katanya.

Di Instagram, Shahrol turut memuat naik tangkap layar ciapan dari pengguna Twitter menggunakan nama @kuhaslinda_a1 yang menulis ciapan berbaur fitnah itu.

Selain mendakwa Shahrol terbabit dengan dadah, ciapan itu juga turut mendakwa Shahrol pernah ‘digam’ kerana masalah disiplin. HM

Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker