Kereta terbabas bawa 38 tong petrol untuk diseludup

Kereta terbabas bawa 38 tong petrol untuk diseludup

PASIR MAS – Sebuah kereta yang sarat membawa muatan 38 tong pelbagai saiz berisi petrol dipercayai untuk diseludup ke negara jiran terbabas di atas pembahagi jalan di hadapan sebuah pasar raya di Tendong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.10 pagi sebelum anggota Unit Rondaan Bermotosikal terus digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian, anggota polis telah mendapati sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback sudah terbabas di atas pembahagi jalan.

“Hasil maklumat orang ramai, pemandu kereta itu telah melarikan diri dengan menggunakan kereta jenis Perodua Myvi bernombor plat JKQ 6565 yang berwarna kelabu.

“Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati ada seorang lelaki telah ditemui terbaring disyaki telah dilanggar oleh kereta tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, pemeriksaan ke atas kereta itu membawa kepada penemuan 38 tong plastik pelbagai saiz berisi cecair disyaki petrol dipercayai akan diseludup ke negara jiran. K Online

Kereta terbabas bawa 38 tong petrol untuk diseludup


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah

Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?

Pak Nil bertemu jodoh?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker