Bukit Aman siasat kematian suspek amuk

Bukit Aman siasat kematian suspek amuk

Seorang lelaki dipercayai pesakit mental disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan selepas ditahan polis dalam kejadian amuk di Kuala Kangsar, Perak, semalam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Azri Ahmad, berkata pada jam 7 malam hari kejadian, polis menerima laporan terdapat seorang lelaki berusia 38 tahun mengamuk dan menyerang bapanya di rumah lelaki berkenaan di Kampung Temong Hilir.

Katanya, polis yang tiba di lokasi mendapati suspek dalam keadaan agresif sedang bergelut dan ditahan di atas tanah oleh empat lelaki termasuk bapa suspek.

“Polis kemudian membantu menahan lelaki tersebut untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan semasa dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kangsar, suspek tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, setakat ini kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut sehingga laporan bedah siasat diperolehi.

“Kes ini akan disiasat oleh unit siasatan jenayah dan kematian dalam tahanan JIPS Bukit Aman,” katanya.

Bukit Aman siasat kematian suspek amuk


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker